Thursday, May 21, 2009

Ritma Kehidupan Laskar Bintang (16 Mei 2009)




Salam perjuangan


Pagi yang hening, aku menerima satu mesej dari sahabatku yang berbunyi

‘ku lihat laut, ku berdoa moga ikatan ukhuwah ini tak sepertinya, pasang surut silih berganti… lalu ku berdoa agar ia seperti Sungai Nil yang tetap mengalir deras hingga ke saat ini… Ya Allah.. satukanlah hati kami dalam kebaikan dan pisahkan kami juga dalam kebaikan….’

Amin… aku bersyukur di dalam hati.. hanya tuhan yang tahu betapa aku merindui sahabatku…. Andai pertemuan dan ukhuwah kami belum cukup untuk melamar redha MU, janganlah KAU pisahkan kami Ya Allah…

Selang beberapa ketika, aku terima satu lagi mesej dari sahabat seperjuanganku

Bingkisan indah buat insan yang bergelar murabbi.. “penambahan ilmu akan menambah kuatnya iman… iman yang baik akan menambah baik dan tinggi mutu amalan…”-HAMKA-

Selamat Hari Guru… semoga menjadi murabbi sejati, penda’ei mithali… AMIN…… Hari ini, sekali lagi kami bakal menjejakkan kaki kami ke Darul Ummah… sahabat seperjuangan kali ini bertambah lagi seorang… alhamdulillah…

Driver kehormat : Ween.
Assistant Driver kehormat :Attiq.
Ahli Kehormat 1: Hana.
Ahli Kehormat 2: Ros. (Kak Ros Upin&Ipin) Hehe..
Ahli Kehormat 3: Adeq.



Inilah kereta yang banyak berjasa… hehe



Tanggal 16 mei adalah tarikh keramat bagi sesiapa yang telah, sedang dan belum bergelar guru… hehe… Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua…
di kesempatan ini juga, izinkan saya mengucapkan terima kasih atas jasa dan pengorbanan guru-guru saya selama ini…
tidak dilupakan kepada guru yang paling banyak dan besar pengorbanan kepada diriku yang kerdil ini iaitu mak & abah tersayang…
sesungguhnya aku amat merindui dan menyayangi kalian….
Terasa menitik airmata ini tatkala teringatkan kalian… :’-(
semoga rahmat allah memayungi hidupmu dan aku bersyukur kerana dikurniakan ibubapa yang sangat prihatin dan penyayang…. Alhamdulillah…




Perjalanan hari ini dimulakan dengan semangat bakal guru yang tertanam dalam lubuk hatiku… huhu…
pagi-pagi dah ada ucapan Selamat Hari Guru, semangat pun lain macam cket laa… hehe…
rindu rasanya nak bertemu dengan adik-adik darul ummah…
otakku ligat berfikir apa nak buat kat d.u nanti… jam menunjukkan 10.30 pagi.. awal lagi,, (detik hatiku…)


“adik-adik pun belum abis mengaji…”. “em,,, xpela… kite p beli barang-barang untuk masak kat sana dulu…”. “Okeh,, jom!!!”. “nak beli kat mana?”… “JIMAT takde ke??” huhu….


Selesai membeli barang di pasaraya JIMAT, kami meneruskan perjalanan ke darul ummah tetapi sebelum itu kami perlu berhenti makan bagi mengisi perut yang sudah berorkestra dengan pelbagai nada yang kurang sedap didengar… huhu… alhamdulillah, orchestra dah tutup operasi… semuanya kembali seperti biasa… heheh…

Kami sampai di kampung Tok Bedu pada jam 12 tengahari… pada mulanya kami berhenti betul2 di hadapan pintu pagar d.ummah namun pintu rumah kelihatan tertutup rapat… (tengah rehat kot…) kami pun mengambil keputusan untuk tidak mengganggu gugat kehidupan insan lain di waktu tengahari… hehe.. jadi, perjalanan diteruskan ke masjid terdekat… kami pun berehat di sana sementara menunggu masuknya waktu zohor…


Angkatan seterusnya akan tiba tak lama lagi,, mereka terdiri daripada:


Mujahid Syukri & Mujahid Syuib (DAE 5646)



Mujahidah Anis & Mujahidah Afiqah (PGK 3519)


Selesai menunaikan solat zohor, kami membuat sedikit perbincangan dan pengenalan tentang darul ummah kepada sahabat seperjuangan yang baru pertama kali mengenali tempat ini… pasti mereka juga berdebar sepertimana kali pertama kami sampai di d.u ni… *alhamdulillah, skrg dah ok….!!!


Jam menunjukkan 2 petang, kami memulakan perjalanan dari masjid ke d.u yang mengambil masa tidak sampai 5 minit…(dekat je kan??) hehe…. Alhamdulillah, kehadiran kami disambut dengan senyuman manis dan penuh keikhlasan oleh adik-adik d.u…. tetapi, adik-adik belum lagi menunaikan solat dan belum juga makan tengahari… aduh… syahdu je hati… isk3…




Perancangan awal kami untuk membuat sesi P&P bersama adik-adik terpaksa ditangguhkan kerana waktu tidak mengizinkan… namun, terdapat bicara dari adik-adik yang membuatkan kami terasa sangat terharu…

“ala kak.. x belajar ke…?”.
“kami tak bosan pun belajar kak….”.
“Cepatlah kak, tolong tengok homework saya…”



Allahu akbar!!! Kalaulah semua individu muslim mempunyai semangat ingin belajar sepertimana bersemangatnya adik-adik ini, pasti kejayaan tarbiyyah islamiah berterusan hingga ke akhirnya.. insya’allah.. *Ku Memohon Sesungguhnya Kepada MU Ya Allah.. Peliharalah Semangat Juang Adik-Adik Kami Ini Ya Allah…


Usai sesi makan tengahari, adik-adik diminta berkumpul bagi penerangan rancangan kami yang akan dilaksanakan pada hari tersebut… satu perasaan yang sukar digambarkan muncul apabila melihat adik-adik berpakaian jubah dan berkopiah putih,,, terasa semangat jihad meresap dalam segenap urat nadi ku… subhanallah…!! Detik hati kecil ini…




Indahnya ukhuwah….





Kami telah menjemput Mujahid Syukri dan Mujahid Syuib untuk berkenalan dengan adik-adik… seronok la adik-adik-adik dapat abang baru… hehe…


Best la adik-adik dapat abang baru yer….


Selesai sesi taaruf, kami beralih ke dapur untuk menjalankan sesi kemahiran iaitu memasak… hehe.. menu yang terpilih ialah cekodok kucai (eh,,silap!!!) cucur ikan bilis ngan kucai sebenarnye… hehe…
menu kedua terpilih ialah pudding pelangi… hehe.. awal2 ni masak sempoi dulu… sebelum masak, kena la ade sesi pengenalan… adik2 dikenalkan dengan bahan masakan yang diberi nama bawang, ikan bilis, tepung, kucai, garam, agar2, susu cair, pewarna dan lain-lain…


huhuhu aksi-aksi kami sewaktu di dapur….



hehe
alhamdulillah… senang bekerja dengan adik-adik…
walaupun mereka agak kekok pada mulanya, tapi mereka senang menerima dan melakukan tugasan yang diberikan… dengan izin-Nya, tugasan memasak selesai jam 5 petang…

“nanti Abang Salman balik, boleh masak untuk dia tak?”.
“boleh!!!!!”


Abang salman tidak dapat bersama kami kali ini kerana beliau pergi mendaki ke kuala mu…hehe..
antara sahabat seperjuangan lain yang turut bersama menjalankan ekspedisi ke kuala mu kali ini ialah :

Mujahidah 'Izzah
Mujahidah Kak Yus
Mujahidah Wan
Mujahidah Mala
Mujahidah Azie


Mereka di Kuala Mu

Kami sentiasa mendoakan mereka sentiasa dalam lindungan mawaddah dan maghfirah yang maha esa… walaupun jauh di mata, tetap dekat di hati…. Hehe…

Selepas menunaikan Solat Asar, bu mus-bu mus iptb yang bersemangat waja, perdana dan satria ini pun bersedia menyiapkan hidangan minum petang hasil kolaborasi bersama adik-adik darul ummah… hehe… perut pun dah lapo… Nampak cucur macam nampak nasi je gaya nye… huhu….




Alhamdulillah… semuanya dah selesai…. Singkatnya masa berlalu… rasa macam baru je jejakkan kaki... masa dah time,,, kami nak kena balik dah….

Ini lah lumrah kehidupan… setiap pertemuan ada perpisahan… ada rezeki kita jumpa lagi…
Akhir kalam,,ilal liqa’ wa maassalamah…

Bersama kita hayati bait-bait lagu ritma kehidupan…
Semoga dapat manfaatnya… wassalam….

Ritma Kehidupan
Artist: Hijjaz
Album: Damai

Song Category: Nasyid


Huluran salam berhias senyuman

Pertemuan mengeratkan perhubungan

Saling bermesra kukuhkan ikatan

Persaudaraan di dalam keredhaan-Nya

Irama nan syahdu kita dendangkan
Berkias ungkapan penuh makna
Menyatukan kita dalam ritma

Santun kata beralas budi bicara


Di dalam lagu kita dipertemukan
Di dalam restuNya kita bergandingan tangan
Meneruskan cita-cita kehidupan
Dalam suasana kedamaian

Berjauh berpisah berjarak menyusuri fitrah
Merindu menanti mengharap mendamba dalam gundah
Air yang mengalir dicincang tiada kan putusnya
Biduk lalu kiambang bertaut semula

Berpesan-pesan sesama saudara
Meneruskan seruan Rasul junjungan
Saling berdoa memohon rahmat-Nya
Bertemu tak jemu berpisah tidak gelisah

KLIK untuk Download Ritma Kehidupan by Hijjaz




Laporan Penuh Oleh :
Nur Liyana Ishak
IPGM Kampus Tuanku Bainun,
21 Mei 2009


-----------------------------------------------------------------------------



Bu Mun bilang:
"Kuala Mu dan Darul Ummah...
Matlamat yang sama, Jalan yang sama..
Tiada beda antaranya..
Semoga Perjuangan ini diredhai Nya"

No comments: