Sunday, May 31, 2009

Roti Canai dan Iqro


Bismillah..

Ummi Izzah tiba dengan selamat pada pukul 9.00 malam semalam. Dia hanya berdua dengan Abuya Omar dari Kuala Lumpur. Macam-macam yang dibawa mereka, segala jenis keperluan anak-anak.

Seperti biasa Ummi akan mengumpulkan para laskar terlebih dahulu sebelum berehat. Dia bertanya khabar, prestasi pelajaran dan tentang akhlak mereka. Baginya masih ada banyak sudut yang boleh ditingkatkan.

Dia seorang wanita yang benar-benar ‘ummi’ yang pernah aku pernah kenal.

Ketika itu dia ingin melangsaikan rasa rindu yang sudah terlalu menebal. Apa tidaknya, sudah tiga minggu dia tidak berkesempatan datang kesini. Wajah anak-anak ditatap satu persatu. Nama mereka cuba disebut seorang demi seorang, lalu bertanya apa yang mereka mahu.

Kebanyakkan menjawab ingin dibawa berjalan-jalan. Sinar matanya menunjukkan dia berazam untuk memenuhinya.

Pagi ini, dia berusaha untuk membuat roti canai. Anak-anak gembira. Namun mereka disuruh mengaji dahulu sementara menunggu hidangan itu siap dimasak dan terhidang.

Minyak dipanaskan. Tsss, tepung yang sudah dicanai diletakkan satu persatu diatas kuali.

Ya Allah, dugaan yang sungguh besar kerana bau enak semerbak memenuhi segenap ruangan rumah. Kami anak beranak memegang perut kerana tiba-tiba saja berasa lapar, sangat lapar.

Ummi datang ke ruangan belajar, lalu duduk mengajar Ismail yang baru saja berpindah ke Iqro 6, sementara menunggu roti canai didapur menjadi garing. Langkahnya tadi agak pantas demi mendapat lebih banyak masa untuk mengajar.

* Fitri seronok dapat cadar baru yang ada gambar bintang-bintang dan bulan :) warna kuning pulak tu…

No comments: