Thursday, June 11, 2009

3 Minggu Tanpa Laskar Bintang


Bismillah.

Sedang enak menjamu selera di medan ikan bakar, tiba-tiba handphone di tangan berbunyi nyaring. Melihat nama si pemanggil hati mula tak sedap. Ada apa apa jadi pada adik2 ku kah? Ya Allah, semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Mu.

"Assalamualaikum.."
Salam dijawab. Satu suara halus. Nyaring di hujung talian.

Ahmad! Subhanallah. Hampir menitis air mata kala mendengar suara halusnya yang nyaring itu. Rindu sungguh pada laskar bintang.

"Ahmad tengah tengok bintang. Ada hudaibi, fadhil, fadhli...." butir percakapannya tidak berapa jelas. Terputus putus.

Mereka berlima (kalau tak silap) dibawa ke Tanjung Dawai oleh Pak HarMan (Akh Salman). Ana tak berapa jelas butir percakapan, terputus-putus, hanya suara Ahmad kedengaran. Akh Salman menyebut perkataan 'kenduri'. Malangnya ana dengar 'kelui'. Aduhai. Mungkinkah ana yang bermasalah pendengaran? :)

Ana sempat bersembang bersama Hudaibi (ana dapat cam suara dia daripada nadanya yang sentiasa lembut dan tenang), Fadhil dan Ahmad. Yang lain tengah khusyuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan gamaknya.

Terlepas rindu sekejap pada mereka. Dua hari lepas ana ke pejabat pos untuk mengirimkan buku yang ana janji. Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalem dan Muhammad - Putera Lembah Bakkah. Ada kejutan ana sertakan dalam bungkusan untuk laskar bintang, nantikan ya~ :)

Cuti kami berbaki seminggu. Seminggu ana rasakan cukup panjang untuk dihabiskan. Hati melonjak lonjak ingin ketemu sama laskar-laskar bintang.

Oh ya, ana sendiri tertanya tanya khabar daripada tiga laskar yang ke KL tempoh hari. Ismail, Khairul dan Faiz. Sudah pulang atau belum?

Pada 9 Jun lepas, Kak Fatin (SAM) telah menghantar mesej berbunyi riang - "Insya Allah Kak Neza akan bersalin hari ni.." - abang nuar. Sehingga kini, ana tidak mendapat sebarang berita terbaru. Kami semua mendoakan kesejahteraan Kak Neza dan baby. Rabbi yassir wa la tu assir ya kariim Ya Allah.



LASKAR BINTANG YANG KREATIF



Najmi ; dah macam menguli tepung



Faiz ; dia ada sesuatu (bu mun bilang)


Faiz, Hafiz, Khairul ; 3 laskar yang sentiasa bersama


Hudaibi ; laskar paling tenang dan kata-katanya bisa mencairkan hati ibu2 ;) tak gitu bu azie?



Laskar bintang ; letak apa sahaja di hadapan mereka waima subjek yang susah, tumpuan mereka tetap 1st class.

Ahmad Hasan Al Bana ; sifat ingin tahu dalam dirinya paling tinggi. Tak jemu melayan laskar yang satu ni.



Alif ; katanya itu dia. "Hensem tak kakak?" Senyum sentiasa

Amir ; ketika ini dia sedang demam, badannya agak lemah namun dia tetap bersemangat untuk menyertai rakan-rakannya bermain plastisin.



Hafiz ; "Boleh tak minum teh pakai cawan ni, kak?" Rekaannya pada hari itu antara yang terkreatif. Cawan dan penguin. Kombinasi agak hebat :P



Syafiq ; lihat aksinya yang sungguh bersemangat, salah tengok dah macam penebar roti canai. :)


Saifullah ; cuba lihat plastisin yang digentelnya. "Kuih, kak" Nampak enak, bukan?



Ridzuan ; Ana paling gemar mengusik laskar yang satu ni. Senyum semedang! Banyak peningkatan dalam dirinya. Lihat saja di mejanya, kala rakan rakan lain membuat pelbagai bentuk, dia setia melakar ABC. Alhamdulillah :) (bu azie, kena bagi hadiah ni)



Hasil tangan Najmi.



---------------------------------



Aduhai seminggu yang panjang.





5 comments:

Annair said...

cik mina..sape sanenye Laskar Bintang ni?

Muna 'Izzah Md Isa said...

:)
anak-anak yang ada antaranya terlepas pandang oleh masyarakat.
Penghuni Darul Ummah - to be understood, satu rumah kebajikan. Oh dan mereka lah bintang bintang dalam hati aku. hoho

mazuin said...

ramainya bintang hati muna...hehe.
nanti nak p DU kabo ye?

Muna 'Izzah Md Isa said...

insya Allah...akak ader kat mane je skang?? penang?

Azie said...

eh eh!! ni bkn kak Muna ke???? (ikut cm Ahmad oke).. hehehe... Hudaibi, nnt minx kak anis goreng cucur.. klu kak Azie goreng, sume saket perut.. Riduan, baca lancar, akak kasi hadiah.. bkn riduan saje... Najmi, Alif, Saifullah, Hudaibi, Ahmad pun sama...