“Aik abang, sebelas kali ? ” tegur Ahmad. “Kan sepuluh kali je..”
Anak berumur 6 tahun itu menegur saat kami sedang berselawat keatas Rasulullah saw.
Ketika itu kalimah-kalimah zikir pagi sedang dilantunkan, seperti mana yang diajar oleh baginda.
Ya, Rasulullah saw sangat berharap umatnya dapat berselawat dan bertaslim ketasnya sebanyak 10 kali disetiap pagi dan petang, selain beberapa zikir yang lain.
“Allahumma sholli wa sallim a’laa nabiyyina Muhammad.”
Demikian menurut maksud sebuah hadis sahih yang diriwayatkan Imam at-Tobroni dalam kitab Majma’ az-Zawaid.
Salahkah kalau berselawat lebih banyak ?
Ustaz Ahmad dan Ustaz Omar sering mengulang-ulang suatu pesan kepada kami, “terdapat tiga syarat agar amalan seseorang manusia itu diterima oleh Allah : mula-mula hendaklah dia beriman, kemudian ikhlas, kemudian mengikut panduan Rasulullah saw..”
Islam tidak memerlukan sebarang tambahan atau penambahbaikkan, kerana ia sebuah agama yang sudah sempurna, apatahlagi jika terdapat nas dalil –alQuran dan hadis- yang jelas.
Dan Ahmad juga sering menyebut-nyebut (dengan nada nyanyian), “jangan zikir 34 kali, 33 saje..” sewaktu kami bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah swt setiap kali selesai solat fardhu yang lima.
Dulu dia pernah bertanya, “kalau 100 kali tak boleh ke, bang ?”
Kerenahnya sedikit sebanyak menghiburkan.
Dia suka mengingatkan begitu kerana ‘abangnya’ sering leka, tak khusyuk ketika berzikir hingga lupa bilangan, walau jari jemari sudahpun mengira, dan kadang-kadang tertidur.
“Laa, abang tertidur lagii..” Anak itu ketawa kecil.
Astaqfirullah..
*Sikap amanah boleh dipupuk jika kita amanah ketika berzikir (pastikan bilangan betul-betul cukup). Kerana jika kita tidak jujur dengan-Nya, bagaimana bisa Dia mengurniakan sifat amanah kepada kita semasa kita bermua’malah dengan makhluk-Nya.

No comments:
Post a Comment