Friday, June 5, 2009

Ahmad yang Sibuk


Petang kelmarin Ahmad Hasan al-Banna, 6, mengingatkan bahawa semalam kami terlupa untuk melihat bintang, seolah-olah ia acara rasmi yang terdapat didalam jadual.

“Bola pun kita tak main lagi kan, bang ?” Walhal semua orang sedang letih berpuasa sunat Khamis kecuali dia. Mulutnya ketika itu terdapat sisa-sisa biskut.

Kemudian dia menceritakan pula semalam dia bermimpi pulang ke rumahnya, bertemu ayah, umi dan kakak-kakak.

Dia bertanya pula tentang cerita kak Mazuin mengenai pokok. “Betul ke kalau kita siram, pokok akan tumbuh ? Macam mana ?”

Dia bawa pula majalah Asuh, lalu menunjukkan sebuah kartun. “Bang, kenapa syaitan ni kacau budak ni sembahyang ?”
Supaya budak ni duduk neraka dengan dia.. (Demi Allah, mulai solat Maghrib semalam, dia tidak bermain lagi ketika solat)

Selesai solat Maghrib, dia keluar rumah sebentar sebelum datang memberitahu bulan kelihatan sangat cantik. “Sekarang bulan Romadhon ke ? Siapa suruh dia datang kat kita ? Allah ke ?”

Kami keluar sebentar. Ribuan bintang kelihatan, mengelilingi sang ibu Bulan yang hampir penuh itu.
“Bang, bintang dalam Bahasa Arab apa ?” “Kalau bintang banyak apa pula ?”
“Bang, bulan dalam Bahasa Arab apa ?”
“Hoi, nujum.. Hoi qamarun.. datang la sini !!” anak kecil itu memberi arahan.
Najmi datang kesisi kami.
“Eh, ni uncle jimmy.. Bang, nama betul dia Najmi kan ? Macam najmun jee..”
Lebih kurang laa..

Selesai solat subuh tadi, dia berbisik, “Bang, bila kita nak doa untuk kakak yang hilang komputer tu ?”

Selesai tazkirah Ustaz Ahmad, dimaklumkan tentang musibah yang menimpa abang Syukri mereka (sengaja mencari masa-masa yang benar-benar sesuai). Anak-anak terkejut, terpana, mulut melompong.
“Abang Syukri Alif tu ke ?” tanya Jumat.
“Mari kita doakan agar imannya makin bertambah,” saran Ustaz Omar.
“Anak-anak yang kecil belum berdosa, jadi banyak-banyaklah berdoa, insya Allah akan mustajab,” sambung Ustaz Ahmad.
“Kenapa dia tak pakai tali pinggang ?” tanya Ahmad.

Baru sebentar tadi dia meminta dibacakannya buku teks Kemahiran Hidup tahun 5. Sampai tajuk cara memelihara hidupan air, terdapat gambar mutiara.
“Abang, macam mana kita nak dapat mutiara,” tanya si kecil ini.
Bla.. bla.. bla..
“Bukanlah.. Kita kena biar Wonder Pet selamatkan ikan paus dulu.. Lepas tu.. Lepas tu…”

Ketika solat Jumaat tadi, suara Ahmad kedengaran kuat seisi masjid, mengikut bacaan imam. Selesai solat, dia ditegur, “Lepas ni Ahmad je yang jadi imam ye..”
Dia kelihatan bingung.

Penat nak layan celoteh dia.. Tapi dengan izin Allah swt, celoteh dia juga yang buat penat ni hilang..

4 comments:

attiqah said...

subhanallah Ahmad..
huhu..
ni yg buat ana x sabo nak jmp adek2..
uwaa..
blog ni je la pengubat rindu..
huhu
uwa~~

Azie said...

klakar la ahmad ni... hehehe... "knp dy x pkai tali pinggang??? " hahaha!!! bijak2... bley dy t'pk cm tu ek...

mazuin said...

tinggi curiosity dan imagination ahmad ni ek..
terharu bila dia still ingat cerita pokok2 tu. kim salam kat ahmad ya!

mazuin said...

terima kasih jugak atas doanya.
beg n laptop belum jumpa, tak pe la, semoga Allah beri yang terbaik.
insyaAllah, pengajian saya teruskan jgk dgn semangat baru.
berkat doa anak2 laskar bintang..
apa khabar semua? br seminggu dah teringat...huhu