Thursday, June 4, 2009

Berhias


“Antum semua ada kain pelikat ?” tanya Ustaz Ahmad.

Semua anggota laskar mengangguk-ngangguk laju. Tidak kurang juga yang kehairanan kerana ditanya begitu.

“Lepas ni, ustaz hendak antum pakai kain pelikat setiap kali hendak solat..”

Anak-anak ternganga.

“Kami tak reti pakai,” ujar Khairul Anwar.
“Selama ni buat apa dengan kain tu ?”
“Selimut..”
“Dah, insya Allah nanti ustaz ajar..”
“Saya pandai pakai..” kata Najmi.
“Kenapa kena pakai kain pelikat, ustaz ?” tanya Jumat.


“Allah berfirman : Wahai bani Adam, ambillah perhiasan kamu di setiap tempat / masa sujud (solat) – al-A’rof : 31..” jawab sang ustaz. “Jadi kita mesti kelihatan kemas dan cantik ketika solat, seboleh-bolehnya ada pakaian khusus untuk solat..”

Lalu mulalah anak-anak belajar memakai kain pelikat. Alif sentiasa kelihatan seperti orang selepas bersunat :)
* Ahmad : Abang, saya teringat, hari tu kakak kata saya pandai.. macam mana dia boleh tahu ? abang beritahu ek ? abang sms dia ke ? bila dia nak datang lagi ?
Abang : ............ :)