Monday, June 22, 2009

Bertuahnya Nabi


Ismail, umur 15 tahun, bertanya kepada Ustaz Omar, “Hadis sohih ada berapa ?”

“Uiih, ada beribu-ribu..”

“Ooo, jazakallahu khoiron..”

“Wa iyyaka..”

*****

Setiap orang dari kita, apabila mendalami al-Quran dan Hadis, pasti akan mendapati betapa syumul / lengkapnya Islam.

Islam adalah agama samawi yang menyentuh semua perkara dalam kehidupan manusia.

Semuanya, dari yang sekecil-kecilnya seperti cara memasuki tandas hinggalah yang sebesar-besarnya seperti kaedah memerintah negara.

Apatahlagi jika kita mempelajari hadis, betapa kita akan mendapati bahawa Rasulullah saw telah menyentuh mengenai semua perkara.

Baginda mengajarkan kepada umatnya ribuan kaedah dalam menjalanai kehidupan harian. Tiada ruang untuk kita mereka-reka suatu amalan kerana Baginda telah menyentuh semuanya.

Oleh kerana itu jumlah hadis baginda sangat banyak.

Lengkap.

Cukup.

Namun ketika kita berhadapan dengan ribuan hadis baginda, pelajaran yang kita dapat bukan hanya kesyumulan Islam itu sahaja.

Kita juga menjadi percaya bahawa para perawi hadis itu hebat-hebat belaka. Lebih-lebih lagi perawi generasi pertama, iaitu para sahabat rodhiyallahu a’nhum.

Mereka memerhati segala-galanya.

Hingga terdapat puluhan hadis yang hanya mengenai rupa wajah dan tubuh baginda sahaja.

Mereka mendengar dengan penuh tumpuan.

Mereka banyak bertanya.

Mereka peka dan berani memberi pandangan.

Mereka merakam segala-galanya dengan sangat baik.

Mereka mengamalkannya.

Dan mereka menyampaikan semuanya kepada para tabi’in, hinggalah sampai kepada kita hari ini, didasari kepatuhan kepada sabda baginda yang berbunyi : sampaikanlah apa saja daripadaku walau satu ayat.

Perwatakan para sahabat yang sangat hebat ini pun sebenarnya menunjukkan kejayaan dan kekuatan tarbiyah guru mereka, Rasululullah saw.

Apapun, Rasulullah saw sangat bertuah. Baginda dikurniakan para sahabat itu sebagai murid-muridnya.

Para sahabat seperti Aisyah ra, Anas bin Malik ra, Abi Hurairah ra dan lain-lain.

Baginda sangat beruntung.

Memang beruntung sekali seseorang guru itu jika dikurniakan murid-murid sepeti para sahabat rodhiyallahu a’nhum.

Begitu juga kepada para bapak dan bunda guru Darul Ummah. Sangat bertuahlah kita jika Laskar Bintang seperti sahabat-sahabat baginda itu.

Beruntungnya kita jika mereka memerhati segala-galanya.

Mereka mendengar dengan penuh tumpuan.

Mereka banyak bertanya.

Mereka peka dan berani memberi pandangan.

Mereka merakam segala-galanya dengan sangat baik.

Mereka mengamalkannya.

Dan mereka menyampaikan semuanya kepada orang lain.

Cuma para laskar perlu menilai terlebih dahulu kerana kita bukannya ma’sum.

Suatu nikmat dunia yang tak terhingga jika mempunyai anak-anak didik yang se‘agung’ itu.

Namun persoalannya ialah : guru seperti apakah yang perlu kita jadi untuk mendapat nikmat dunia ini ?

Guru seperti Rasulullah saw.

No comments: