Thursday, June 4, 2009

Daging Laskar Bintang


Beberapa waktu yang lalu, diadakan mesyuarat ahli lembaga Darul Ummah, sebagaimana rutin bulanan.

Banyak perkara yang diangkat bicarakan, yang sudah tentu berkaitan dengan kebajikan anak-anak sahaja.

Tentang jubah baru, jadual pengajian, subjek pelajaran, derma dan sebagainya.

Kemudian saudara Shahrizan membangkitkan tentang makan minum anak. Bukan soal cukup atau tidak, kerana alhamdulillah selama ini anak-anak tidak pernah berlapar kecuali ketika puasa, tapi yang dikeutarakan ialah apa yang diberi kepada mereka.

Kerana mengikut pengamatannya, Laskar Bintang kurang disediakan buah-buahan, sedangkan stok makanan ringan berlebihan. Itu yang dibimbangkan.

Sebut apa saja : gula-gula, twistis, aiskrim, air kotak.. bertimbun di dalam stor makanan. Semua makanan dan minuman yang sejenis itu pernah diberi kepada mereka.

Kesannya agak fatal : fikiran anak-anak jelas menjadi lembab, mudah lupa, suka berangan. Walhal mereka yang menumpu kepada al-Quran seperti Laskar Bintang memerlukan otak yang murni dan cerdas.

Niat Ummi Izzah memang murni : demi menceriakan anak-anak yang sudah jarang dibawa jalan-jalan dek kos yang agak tinggi. Lalu dibelikanlah pelbagai makanan ringan.
Menurut seorang ustaz pula, baginya itu tiada masalah. Kerana selagi mana makanan itu halal, akhlak seseorang itu bakal menjadi baik.

Namun Saudara Anuar mengingatkan pula tentang konsep ‘halalan toyyiba’ yang diterapkan dalam al-Quran. Oleh kerana itu, makanan kita tidak seharusnya hanya halal, tapi juga baik isi kandungannya. Itu belum disentuh lagi soal syubhah.

Lalu ditanyakan kepada Sdr Shah (pegawai CAP) tentang pelbagai makanan, samada yang terdapat di dapur Darul Ummah atau dipasaran. Milo, segala macam jenis keropok, gula-gula itu, gula-gula ini, aiskrim-aiskrim dan sebagainya.

Kesimpulannya, kita sebenarnya boleh hidup tanpa makanan-makanan merapu ini. Malah semuanya itu rupa-rupanya adalah produk golongan yang hanya mahu menggalakkan budaya membeli, tanpa memikirkan maslahat sosial.

Dan tak salah kalau kita katakan antara faktor orang-orang dahulu menjadi hebat (seimbang ilmu dan akhlak) adalah kerana makanan-makanan seperti ini belum wujud.

Semoga daging anak-anak masih belum tercemar sepenuhnya.

No comments: