Saturday, June 27, 2009

Jadi bagaimana boleh sombong ?



"Gambar apa ni ?”

“Gambar bumi kita ke ? Bumi kita besar sikit je..”




“Eh, mana bumi ?”

“Nii..”

“Alaaa, kecik je.. Yang paling besar… aaa.. apa ni ; Ju.. pi.. ter..”



“Ni apa pula ni, bang ?”

“Kau tak nampak tu ; sun - matahari..” beritahu Fitri. Lepasan UPSR ini nampaknya sedikit banyak menguasai Bahasa English.

“Uiih, keciknya bumi kita, bang !” Rafiq terkejut.

“Mana bumi ?” tanya Alif.

“Ni- earth.. Earth tu bumi laah..” kata Rafiq.

“Alaah, keciknya..”

“Apa lah, itu pun tak tahu..” Fadhli menepuk bahu Alif.

“Alaah, kau pun sama..”


“Ni apa pula ?”

“Eh, tak kan matahari besar ni je ?”

Anak-anak mula kelihatan bingung.




Tak ada yang bersuara. Kaget.

Ahmad sekadar menggelengkan kepalanya dan tersenyum bila ditanya samada ada soalan atau tidak.

Apa pelajaran ?

“Kita dapat kenal nama-nama planet dan bintang..” ujar Fitri.

“Kita dapat tahu ada benda yang lebih besar dari bumi,” ujar Rafiq pula.

“Bang, bumi kita ni kecik je,” Najmi bersuara. “Kalau kita buat jahat, senang-senang je Allah boleh masukkan bumi dalam matahari kalau Dia nak..” Manis diwajahnya hilang, serius.

*afwan, banyak penutur dialog-dialog diatas dikalangan Laskar Bintang tak sempat dipastikan orangnya. Kerana ketika itu, hati ini sendiri berdebar melihat betapa besarnya bintang-bintang ini, apalagi Penciptanya. Aneh bila memikirkan, bagaimana diri ini boleh menjadi sombong dimasa-masa lalu, lalu berbuat durhaka ?

*Kita boleh menemukan banyak ayat-ayat didalam al-Quran yang bermaksud : bagi-Nya apa yang berada dilangit-langit (Lillahi ma fis samawaat).
Betapa kayanya Allah. Jadi bagaimana kita boleh sombong walau baru dikurniakan dengan hanya sedikit nikmat ?

1 comment:

..::بشرى::.. said...

bagus tul cara awak wt perbandingan..saya suka