Tuesday, June 9, 2009

Sampai Gelap


12 Jamadil Akhir 1430 H

- 9 pagi, anak-anak bertolak dari Darul Ummah dengan 2 buah van dan sebuah kereta.
- Memasuki Jambatan Pulau Pinang, masuk jalan ke Bayan Lepas dan berhenti di tepi jalan.
- Abang Nije (sahabat dari SAM) kemudian minta pergi dan tunggu di USM. Dia mahu menunjuk jalan ke tempat mandi-mandi.
- Tersesat dan menemui pula pantai berdekatan Queensbay. Melihat disitu terdapat orang mandi dan sebatang pokok besar yang dapat meneduh, anak-anak terus terjun kelaut. Jam 12.00 tengahari.
- Seorang pelawat disitu memberi sedekah berupa setong air sirap ais dan satu Tupperware roti sandwice. Sebentar kemudian, seorang pelawat yang lain memberi hadiah 23 biji durian beserta pulut, santan dan bubur.
- Anak-anak mengadakan acara lumba berenang, tanam orang, lumba lari, menara manusia.
- Laskar Bintang naik dari laut, solat zohor, makan tengahari dan kembali mandi dilaut.
- Ketika itu air telah surut. Bermula penemuan kepah oleh Rafiq, maka semua anak-anak mula mengutip kepah, siput, kerang. Ahmad menemui tapak sulaiman. “Abang, apa ni ?”
- Jam 5.30 petang. Anak-anak naik dari laut. Hasil laut sebanyak suku timba berjaya dinaikkan. Mereka solat, makan bihun dan berangkat ke Balik Pulau.

· ketika itu jumlah pengunjung sudah ramai. Beberapa orang anggota laskar terkebil-kebil melihat kanak-kanak yang bermain layang-layang , makan aiskrim, riang bersama ayah ibu, bergambar..
· dan yang pasti para laskar sudah bertukar wajah ; kulit mereka menjadi gelap. Yang paling ketara adalah pada Afiz Abdullah. *pada bunda-bunda guru, jangan terkejut nanti.

- Tiba di Masjid Jami’ Balik Pulau jam 7.30 malam. Para laskar solat maghrib, mandi dan berjalan kaki kerumah seorang sahabat yang hanya terletak bertentangan dengan masjid.
“Mai saya pegang tangan abang,” kata Ahmad ketika mahu melintas jalan, lagak seperti orang dewasa.
- Makan malam mereka adalah nasi dan hasil laut yang dibawa naik para laskar. Subhanallah, syurga dunia !
- Mereka tidak keberatan untuk tidur berhimpit-himpit dirumah kecil sahabat itu. Jam 11.30 malam, barulah semua dapat memejamkan mata setelah penat bercerita keseronokan seharian tadi.

13 Jamadil Akhir 1430 H

- jam 5.30 pagi. Para laskar bangun dan terus melangkah ke masjid. Selesai solat subuh, mereka tidur dimasjid kerana masih keletihan.
- Anak-anak dibangunkan pada jam 9 untuk sarapan. Menu pagi itu ialah roti dicicah dengan bubur durian. Sekali lagi, subhaanallah, syurga dunia !
- Jam 10 pagi, berangkat ke air terjun berhampiran Sungai Rusa. Mandi lagi ! *ujian menimpa Hudaibi ; dia tergelincir dibatu lalu dagunya mengalami luka yang agak besar. Darah menitis-nitis namun tiada tangisan. Sang laskar yang gagah itu terus tersenyum dan berenang lagi.
- Jam 1.30 petang, solat zohor di masjid berhampiran. Solat kali ini boleh dikatakan tidak khusyuk kerana terdapat majlis akad nikah.
- Makan tengahari di kenduri akikah seorang sahabat.
- Jam 4, berangkat pulang.
- Beberapa saat tiba dirumah, datang pula seorang pelawat memberi sumbangan.
- Ismail, Khairul Anwar dan Faiz dibawa ke Kuala Lumpur. Mereka dapat mengikuti kelas Bahasa Arab insentif disana. Najmi menangis kerana berpisah dengan kekandanya. Suasana hiba sebentar.

*Alhamdulillah, Laskar Bintang tidak banyak kerenah, patuh dan dengar cakap. Rumusan : Allah swt melontarkan hikmah kedada mereka iaitu menghargai pengorbanan orang lain.
*Tangan ini kaku sebentar untuk menaip kembali, kerana hati gusar dek belum biasa berpisah dengan anak-anak, apatah lagi sampai 3 orang sekaligus.

2 comments:

Azie said...

g mandi-manda ek?? hehehe....

cikawin said...

merajuklah...pg usm tak kabo...sampai hati.