Tuesday, June 16, 2009


Semangat ‘hidup’ jatuh sekejap baru-baru ni.

Sebab tu anak-anak lambat tahu mengenai berita gembira (kelahiran anak abang Nuar) dan berita sedih (tragedi Masjid al-Furqan).

Tak ada ‘mood’ hendak bercakap walau sepatah, apatah lagi hendak menulis. Kerana itu blog ini sudah lama tidak terisi.

Otak kosong. Tubuh ini sempat ditimpa demam.

Semua ini gara-gara ujian Allah ; Jumat dipanggil pulang ayahnya untuk membantu membuat kerja-kerja kampung bersama ibu tirinya bagi menampung keperluan hidup.

Ayahnya puas dipujuk.

Anak-anak yang lain kebingungan beberapa hari.
Hidup tanpa Jumat, saudara mereka yang pandai, rajin, baik hati...

Sedih sekali.

3 comments:

Azie said...

hurm... Jumat balik?? dia x dtg D.U lg dah ke??

Muna 'Izzah Md Isa said...

............
(terkedu)

attiqah said...

jumat sorang jah yg ingat nama ana.
huhu