Thursday, June 25, 2009

Terbelahnya bulan


Gambar dari dalam pendrive diklik dua kali, lalu menjadi besar, hampir memenuhi skrin.

Anak-anak dipanggil sebentar menghadap komputer , walhal mereka sudah pun duduk untuk memulakan pengajian al-Quran dan Iqro’.

“Gambar apa ni, bang ?” tanya Fitri.

Bulan.

“Apa dia garis ni ?”

Tanda ia pernah terbelah, lalu bercantum balik.

“Haa ??” Anak-anak terkejut, tidak percaya.

“Betul ke bang ?”

Senaskah tafsir al-Quran diambil, lalu surah al-Qamr ayat 1dibaca.

Ada yang masih kebingungan.

Maka diceritakan lah sirah Rasulullah saw yang suatu waktu mencabar kaum musyrikin supaya beriman jika Baginda boleh membelah bulan. Sebenarnya mereka yang memintanya terlebih dahulu tadi, jadi mereka pun setuju. Tapi tatkala sebelah bulan sudah berada di bukit kanan Mekah, sebelah lagi dibukit kiri kota itu, mereka malah mengatakan bahawa Rasulullah saw adalah ahli sihir.

“Bang, kenapa bulan terbelah ?” Alif bertanya, sambil menggaru kepala.

Dengan izin Allah, kerana Rasulullah saw memberi perintah begitu untuk membuktikan kerasulannya

“Isy, untung kita, kan bang ?” ujar Ismail. “Akhirnya orang kafir tahu Quran kita ni benar..” Dia merujuk pada surah al-Qamr.

“Eh, mai ana nak tengok sama,” Ustaz Omar mencelah.

Allahamdulillah, anak-anak kemudian mengaji dengan bersemangat, suara yang kuat sekali.

“Haai, jangan la kuat sangat..”

No comments: