Thursday, July 30, 2009

Anas ra memberitahu bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

Seorang anak itu di aqiqahkan pada hari ketujuh dari kelahirannya, diberi nama dan dihilangkan penyakitnya (dicukur rambutnya).

Jika sudah menginjak usia enam tahun, maka dia diajar tentang adab.

Jika sudah menginjak usia sembilan tahun maka dia dipisahkan tempat tidurnya.

Jika sudah menginjak usia tiga belas tahun, maka hendaklah dia dipukul kerana (tidak mahu mengerjakan) solat dan puasa.

Dan jika telah menginjak usia enam belas tahun, maka ayahnya mengahwinkannya.

Lalu dia mendekatkannya dengan tangannya dan berkata kepadanya :

“Aku telah mendidikmu, mengajarmu dan mengahwinkanmu. Aku berlindung kepada Allah dari fitnahmu didunia dan dari azab yang disebabkanmu di akhirat.”

(HR Ibnu Hibban)

No comments: