“Insya Allah, besok ana dan kawan-kawan akan ikut pertandingan bowling,” beritahu seorang pencinta anak-anak yatim Jumaat lepas.
Dan smsnya kelmarin : Salam. Smart jadi johan pertandingan bowling hari ni. Insya Allah, petang ni lepas zohor kami ke Darul Ummah. Kami bawa hadiah untuk Laskar.
Walhamdulillah, mereka selamat sampai ke kediaman Laskar Bintang jam 2.45 petang, dengan membawa hadiah-hadiah yang baru mereka menangi tadi. Semuanya diserahkan kepada laskar-laskar !
“Alhamdulillah !” ucap para laskar, gembira.
“Ingatkan hadiah ni untuk saya,” ujar Faiz. “Saya kan tak sihat..” Dia tersenyum meleret.
“Haih, kami kalau nak bawa hadiah untuk orang sakit,” jawab Harris, “kami bawa intan, berlian..” Dia bergurau. Faiz tersengih malu.
“Allahumma bariklahum fii maa rozaktahum waqfirlahum warhamhum,” serentak para laskar mendoakan mereka, sebagaimana yang diajarkan Rasulullah saw buat orang yang memberikan makan/hadiah kepada kita.
Kelas ringkas Bahasa Melayu kemudian diadakan.
*awal-awal pagi kelmarin Laskar Bintang belajar zikir dari Ustaz Ahmad dihalaman rumah. Subhanallah !! Suatu nikmat yang sering terlupakan oleh manusia ialah dapat berzikir kepada Allah sambil menghirup kesegaran udara pagi disekeliling alam yang menghijau. Nikmaaaat sekali :-)
1 comment:
kemenangan hari ini adalah melalui pengalaman kekalahan yang lalu. berkongsilah waktu suka dan duka. InsyAllah, nikmatnya pasti ada. tak gitu?
Post a Comment