Tuesday, August 4, 2009

Apa undang-undang yang tangkap orang tanpa bicara ?

Zakwan : Kejap bang…. I C A !

Faiz : Aaa, I M A !

Zikri : I S A..


Zakwan : Masa abang jalan ramai-ramai tu, abang naik kereta ka jalan kaki ?

Alif : Kenapa polis-polis tu kejar abang ? Kenapa kedai-kedai semua tutup ?

Ismail : Waktu kedai-kedai semua tutup, abang makan kat mana ?
Zikri : Saya tahu kat mana Masjid Negara dan Masjid India..

Rafiq : Macam mana boleh satu kereta pun tak dak atas jalan waktu tu ?

Fitri : Kenapa abang tak ajak kami ?

Syafiq : Petang Jumaat tu abang kata nak pergi ‘perang’.. Saya ingat betul-betul perang..

Faiz : Masa tu ada tak orang ambik gambar ? Tv ke, surat khabar ke ? Saya teringin nak tengok, kot-kot ada gambar abang..

Najmi : Lain kali saya nak ikut..

Redhwan : Lepas ni ajak saya na..


Ahmad : Abang kena ke senjata polis pedih mata tu ? Abang nyorok tak ? Abang kena pukul dengan kayu tu tak ?

*Dan aneh, banyak-banyak tokoh Pakatan Rakyat, Laskar Bintang hanya mengenali Anwar Ibrahim.. Kok bisa ?

Antara pengalaman :

#Lebih ‘meriah’ dari demo Bersih.
#Demo dijadualkan bermula jam 2 petang, tapi pada jam 10 pagi pihak polis sudah menangkap mereka yang memakai baju anti ISA, 3 lori penuh !
#Jam 1 tengahari dihadapan Masjid India – Polis menyelongkar beg seorang lelaki lalu menemui baju anti ISA, jadi lelaki itu ditangkap.
#Puas jogging J
#Garam yang terpaksa dikunyah terasa tidak begitu masin apabila mata terlalu pedih dan nafas menjadi sesak ketika terkepung dalam gas pemedih mata.
#Melihat 3 orang pahlawan yang mengutip ‘peluru-peluru’ gas pemedih mata lalu mencampak jauhkan dari orang ramai, sedangkan mereka sendiri tidak menutup muka dengan apa pun. Subhanallah !!
#Air mata yang dirindukan keluar mencurah-curah pada hari itu (kerana mata pedih). Ya Allah, semoga air-air ini juga dapat memadamkan api neraka-Mu yang ingin mendekatiku nanti.
#Sempat hairan bagaimana boleh para polis, FRU khususnya begitu ‘sami’na wa ato’na’ pada perintah atasan mereka sehingga lansung tiada kasihan belas pada orang ramai – walau kepada muslimat yang berpurdah ?
Adakah ‘sami’na wa ato’na’ kepada Allah punya aku sekuat punya mereka ?

No comments: