Sewaktu hendak bersarapan, ana bertanya ‘dimana ustaz ?’
Fitri menjawab, ‘ustaz sedang bercakap dengan telefon..’
Si B menegurnya, ‘ustaz bukan sedang bercakap dengan telefon, dia sedang bercakap seseorang melalui telefon..’ lalu terus mengejek si A dan merendah-rendahkannya.
Fitri mengadu pada ana. Ana mengatakan, ‘jangan layan dengan orang yang perangai buruk macam tu..’
Si B kecil hati. ‘itupun nak mengadu, macam perempuan !”
Fitri mengadu pula pada Ustaz Omar. Beliau memarahi Si B kerana menyerupakan seseorang lelaki dengan perempuan. Berdasarkan sepotong hadis yang dibacanya, perbuatan itu haram.
Namun suasana tidak tegang. Ustaz mengingatkan Si B tentang azab neraka dengan lemah lembut dan penuh hikmah.
Subhanallah, Si B menangis !!

Alif tertolak meja keatas tangan Ahmad. Anak kecil yang baru disini itu menangis kesakitan. Sesiapa yang mendengarnya pasti merasa hiba.
Si C didapati mencuri pensel Zakwan. Dia dihukum 3 kali rotan dihadapan anak-anak yang lain.
Tengahari ini Ustaz Omar membuat air kismis sejuk. Subuhanallah, saaaangat sedap.
Solat asar pada hari ini adalah solat yang paling tidak tenang bagi anggota laskar bintang. Ini kerana kedengaran suara Ahmad yang sedang bermain ditepi kolah keseorangan. Anak kecil itu belum tahu apa-apa tentang kepentingan solat.
Semua orang risau jika terjadi sesuatu yang buruk.
Tangan Fitri berdarah terkena pisau ketika memotong kulit buah mangga. Sejam kemudian, Khairul juga mengalami nasib yang sama, juga sebab yang sama. Mujur luka mereka tidak dalam, cukup sekadar diplaster walau kami sempat cemas seketika.
Buah-buah mangga itu kemudian dipotong kecil-kecil, diblander untuk dijadikan jus.
Buah-buah itu kami perolehi dari seorang penduduk kampung terdekat. Dua hari yang lalu dia meminta kami datang kerumah untuk mengait seberapa banyak buah yang kami mahu. Pokoknya sangat besar.
Laskar-laskar berebut menunjuk tangan apabila ustaz bertanya samada mahu berbuka puasa sunat Khamis besok dengan jus mangga atau kismis. Ana tak endah keputusannya, kerana kedua-duanya sama sedap : )

No comments:
Post a Comment