Tuesday, June 16, 2009

Aku nak syahid lah..


Laskar Bintang ketika itu baru selesai makan tengahari. Mereka kemudian lansung saja duduk menghadap Iqro atau mushaf masing-masing, bersedia untuk belajar.

“Hangpa semua mai sat,” mereka dipanggil menghampiri komputer. Lalu berderulah mereka datang mendekat.

Mata terbeliak. Di monitor terpampang gambar-gambar tragedi Masjid Al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat yang berlaku pada 22 Jamadilakhir lalu. Mayat-mayat bergelimpangan dan darah memenuhi lantai masjid.

Diam seketika.

“Kena tembak kah ? Dimana ni, bang ?” tanya Ismail.

“Mai sini,” mereka diajak mendekati papan putih. Lalu diterangkan dimana terletaknya Naratiwat.

Peta asia tenggara dilukis.

“Uih, dekatnya tempat tu dengan kita !” Syafiq terkejut.

“Siapa yang tembak ?” tanya Fitri.

Diterangkan pula tentang konflik selatan Thailand. Siapa yang tembak ; pihak tentera atau mujahidin pemisah ?

“Mereka syahid kah, abang ?” tanya Zakwan.

Maksud hadis Rasulullah saw : orang beriman yang mati kerana dizalimi, maka dia mati syahid.

“Sudah jelas mereka mati syahid,” celah Ustaz Omar. “Mereka kan sedang solat waktu.. Baik, apa yang kamu rasa sekarang ?”

“Takut,” Najmi berasa ngeri.

“Takut ??” Sang ustaz merasa terkejut. “Sepatutnya kamu berasa lebih bersemangat untuk belajar, berjihad.. Tanam azam untuk mendakwah orang-orang siam sana, faham !”

Anak-anak mengangguk.

“Orang yang syahid, ruhnya akan terus kesyurga.. Dan dia nanti dapat memberi syafaat kepada 70 orang kerabatnya,” tambah beliau. “Begitulah maksud sebuah hadis..”

“Kalau macam tu, aku nak syahid lah..” kata Ismail pada rakan-rakan yang lain.

Suasana mengaji ketika itu lain dari waktu yang sebelumnya.
*ingin jenazah diuruskan para laskar nanti..

No comments: