Friday, June 5, 2009

Malam yang Panjang


Jam 8.30 malam. Ustaz Omar tersandar di pintu pagar, duduk diatas tikar. “Subhanallah, seronok juga tengok bintang..”

Kami baru selesai makan malam. Tadi Hudaibi, Fadhil dan Alif meminta izin untuk melihat bintang, lalu Ustaz Omar mengajak kesemua anak-anak keluar rumah. Mereka bertakbir girang.

“Man, malam ni kita tidur luar, nak ? macam best ja..”

Bibir tersenyum panjang. Anak-anak memberi isyarat supaya mengangguk.

“Ana setuju, ustaz..”
“Enta kalau naik Kuala Mu, tidur dalam khemah ke tidur luar ?”
“Kalau tak hujan, ana tidur luar.. Nampak banyak ”

Suasana sepi. Masing-masing menikmati keindahan angkasa.

Seketika kemudian, azan berkumandang dari masjid berhampiran, nyaring sekali. Subhanallah, rupa-rupanya rasa enak sekali mendengar azan sambil melihat ribuan bintang.

Selesai solat Isyak, anak-anak diminta membawa tikar, bantal dan selimut keluar rumah. Ustaz Ahmad mengambil sedikit masa memberi tazkirah, pesanan-pesanan yang membuatkan para laskar mendongak-dongak melihat kearah langit.

“Allah swt mencipta bintang dengan tiga tujuan : sebagai perhiasan langit, panduan untuk orang yang bermusafir dan untuk merejam syaitan-syaitan yang ingin mencuri dengar ilmu-ilmu samawi dari para malaikat..”

“Rasulullah saw pernah bersabda : Bintang adalah amanah langit, apabila ia hilang, akan berlakulah kecelakaan pada umatku..”

“Lihat bulan tu.. Cantik bukan ? Rasululllah saw pernah bersabda yang bermaksud : orang yang benar-benar taat kepada Allah dan rasul-Nya akan dapat melihat Allah seperti melihat bulan purnama, tiada susah payah walau ketika itu ramai juga yang dapat melihat-Nya..”

“Pernah suatu ketika, orang-orang Quraisy mencabar Nabi Muhammad saw supaya membelah bulan sebagai membuktikan kerasulannya. Tapi walaupun bulan telah benar-benar terbelah, mereka tetap ingkar.”

Malam itu Laskar Bintang tidur agak lewat. Mereka tidak boleh melepaskan pandangan dari melihat bintang. Entah ada apa pada ‘biji-biji langit’ itu. Sebahagian pula mahu melihat bulan tenggelam. Embun, sejuk, nyamuk tidak menjadi rungutan. Yang penting mereka dapat tidur dibawah bintang.


*alhamdulillah, prestasi pengajian al-Quran dan Iqro para laskar minggu ni meningkat mendadak.

1 comment:

attiqah said...

ustaz omar 'satu kepala'
yeay!!
alhmdulillah..

ustaz Ahmad pandai pilih tajuk tazkirah..hehe

ustaz salman,
sabar je la layan laskar bintang yg sdg dlm proses belajar..
tu yg bnyk tanya..
lg2 sikecil ahmad..huhu