Saturday, June 20, 2009

Orang asli


Dua buah kereta masuk keperkarangan Darul Ummah.

Jam didinding menunjuk pukul 11.00 malam.

Para Laskar ketika itu sedang menonton video animasi dinosaur.

Tetamu yang datang kami sambut dengan senyuman.

Orang yang keluar dari kereta Volvo ialah Ayahanda kita al-Ustaz Abdul Wahab.

“Eh, mana kereta Ustaz Wahab yang besar tu ?” “Kan dah terbalik..” Anak-anak berbisik-bisik. “Ooo, aku lupa..”

Dan bersama ayahanda ketika itu orang-orang asli dari Pos Tuel, Gua Musang.

Ustaz Wahab membawa mereka jalan-jalan.

Para laskar terkebil-kebil menyambut dan bersalam dengan mereka.

Rambut kerinting. Kulit agak gelap. Tampang yang serius. Semua itu membuat anak-anak terkejut.

“Kaifa halukum ?” Tanya Ustaz Wahab pada anak-anak. Tersenyum senang hati melihat cucu-cucunya.

“Alhamdulillah, bikhoir !!”

“Salman, 3-10 Julai ni ana nak masuk kampung orang asli di Pos Balar, dekat-dekat dengan Cameron Hingland,” Ustaz Wahab ‘menggoda’. “Terpaksa merentas 12 batang sungai yang tiada jambatan.. Empat buah 4x4 dan sebuah lori tentera sudah bersedia..”

Nafas ditarik panjang. Ditarik betul-betul dalam. Terkenang Kuala Mu.

“Disana terdapat beberapa buah kampung. Alhamdulillah, sudah ada yang Islam..”

“Ni Salman, ada berita gembira.. Ada sebuah kampung yang tok batinnya minta buat persediaan kerana dia dan anak-anak buahnya hendak masuk Islam semuanya..”

Allahu akbar…

“Ana pula nak pergi Pos Lanai di Raub 23 hb 7 ni,” kata sahabat Ustaz Wahab. “Waktu program sebelum ni, orang asli sana sangat memberi sambutan walau masih ramai yang belum Islam.. Depa seronok kami buat sukaneka dengan anak-anak depa.. Selalunya student UIA lah yang turun..”

Ya Allah, akankah hambamu ni turut serta ? Bagaimana dengan tanggungjawab pada para laskar-Mu ?

Malam itu laskar-laskar tidur dengan orang asli, walau tidak bersebelah-sebelahan.

No comments: