Selama melayari internet beberapa waktu, diri ini sempat mengenali ramai orang yang hebat hubungannya dengan Allah (insya-a).
Tulisan-tulisan mereka memotivasikan diri untuk memantapkan iman dan meneruskan jihad.
Banyak isu-isu terkini dikupas dengan baik dan mampu sedikit sebanyak mematangkan diri.
Namun tidak boleh sekadar seronok membaca sedirian. Alangkah bagusnya jika Laskar Bintang juga dapat belajar dengan para blogger ini.
Walau umur mereka relatifnya masih kecil, apa salahnya diusahakan supaya mereka sudah memikirkan masalah umat. Tentu saja dengan modul yang bersesuaian.
Adalah penting dalam proses pendidikan, usaha untuk mematangkan diri didikan masing-masing. Binalah sahsiah anak-anak yang mampu memanfaatkan ilmu dengan menilai diantara apa yang mereka pelajari dan relaiti terkini serta mencari resolusinya.
Sejak kecil lagi mereka sudah harus dimotovasikan untuk berjasa kepada Islam dan masyarakat walau hanya dengan memberi pandangan, sebagai permulaan.
Apa salahnya kita mendedahkan atau menceritakan kepada mereka isu di Naratiwhat, di Palestin, isu gejala sosial di tanah tumpah darah sendiri dan sebagainya. Juga isu kepenggunaan dan alam sekitar.
Sebagai proses pematangan.
Bagaimana pahlawan-pahlawan cilik dizaman Rasulullah saw, yang selalu kita mengulang baca kisah mereka, begitu berani dan bersemangat untuk turut serta dalam peperangan menentang kaum kuffar ?
Belum lagi jika kita menghimbau ketangkasan anak-anak Palestin melempar batu kepada tentera Zionis – laknatullahi a’laihim.
Kita percaya mereka semua dibentuk terlebih dahulu dengan pemikiran kritis terhadap suasana sekeliling yang tidak bersesuaian dengan syariat Islam.
Ya, pemikiran kritis. Itu yang Laskar Bintang juga perlukan.
Kerana itu, difikirkan penting untuk membina hubungan para laskar dengan para blogger yang mahir dalam penulisan-penulisan sebegitu.
Jadi blogger-blogger sekalian ditawarkan untuk membina ‘karangan’ kepada para laskar berkenaan dengan sebarang isu terkini, mahupun kisah-kisah pejuang yang dapat mematangkan pemikiran para laskar.
Umur anggota Laskar Bintang diantara 6 tahun dan 15 tahun. Oleh itu diharap dapat dibuat modul penceritaan untuk 2 peringkat umur.
Mungkin ini boleh dikatakan projek PJJ, Pendidikan Jaraj Jauh. Istilah yang biasa didengar dalam sistem pengajian tinggi.
Modul-modul boleh dikirim ke ibnuazmi99@yahoo.com.
Menyampaikan ilmu itu ialah sedekah jariah. Pahalanya berpanjangan selama ilmu itu dimanfaatkan, apalagi jika disampaikan pula kepada orang lain.
Selamat menulis.
Jazakumullahhu khoiron.

No comments:
Post a Comment