Thursday, July 30, 2009

Nama

Jumaat lepas Ustaz Ahmad mengajak para laskar mengenali Hari Kiamat.

"Oleh kerana hari kiamat berlaku pada hari jumaat, jadi mulai hari ni setiap pagi jumaat kita akan belajar mengenai hari kiamat tu.." ujar sang ustaz.

"Hari kiamat ada 22 nama yang lain.. seperti yang tersebut didalam al-Quran dan al-Hadis.."

22 ? Banyaknya..

"Dikalangan orang arab, apa-apa yang mempunyai banyak nama, itu membuktikan bahawa ia sesuatu yang 'besar'.."

Sebab itu mereka adalah bangsa yang terkenal dengan laqab (gelaran : spt Khalid ibnul Walid si Pedang Allah) dan kunyah (spt : Muhammad Abul Qasim - kerana anak lelaki baginda bernama al-Qosim).."

Allah swt sendiri mempunyai 99 nama !

Muhammad saw pun mempunyai gelaran seperti Rasulullah saw, Nabiyullah saw, yang Terpilih (al-Mustafa) dan sebagainya.

Jadi Laskar Bintang pun mula menyenarai nama-nama lain bagi Darul Ummah.

29 semuanya !