Bismillah..
Ziarah ke Kediaman Abunnur pada 3 Jamadil Akhir berjaya. Walau hanya dengan masa yang singkat, kami dapat melunaskan rasa rindu yang bergunung.
Tiba disana jam 4, muslimin terus memeluk Ustaz Rejab dengan akrab. Subhanalah, puasnya hati bila ukhuwah bertaut kembali.
Adik-adik sekolah menengah diajak berbual, bertanya khabar, cerita-cerita. Jelas diwajah mereka 'nur' keikhlasan menjalani tarbiyah disana, mereka bahagia. Itu yang dapat dirasa, tidak seperti sebelum ini.
Setelah solat Asar, Ustaz Rejab memimpin bacaan surah al-Waaqiah. Kebanyakkan anak-anak disana sudah menghafal surah itu. Kemudian mereka diajak menonton filem Laskar Pelangi. Nadia dan Nabila bertanya pelajaran Bahasa Arab, subjek peperiksaan besok.
Tahun ini, seorang akan mengambil SPM, 7 orang calon PMR dan 4 orang calon UPSR. Begitu menurut Ustazah.
Jam 5.45 ptg, ana menawarkan untuk menjemput anak-anak kecil yang sudah mahu pulang dari sekolah agama petang. Hati berbunga untuk membuat kejutan. Syukur kerana mereka memang terkejut :)
Hati ini sangat gembira dan bangga, kerana melihat perubahan akhlak adik-adik disini yang semakin baik.
Darul Ummah
Kereta kecil hijau lansung saja pulang ke DU, setelah menghantar pulang Bu Mun, Bu Atiq dan Bu Azie.
Jam menunjukkan jam 11 malam. Tiba disana, ana dan Ifwat tersenyum panjang. Para Laskar sedang berbaring di laman melihat........... bintang-bintang dilangit. Ana terus saja mendapatkan mereka dan rebah dicelah mereka, kemudian berpaling keatas melihat keindahan ciptaan Allah.
"Abang, akhirnya ada juga bintang," Khairul bersyukur, setelah tiga hari kebelakangan ini dia dan teman-temannya keempunan dek awan tebal tak berganjak setiap malam.
Rasa damai. "Subhanallah, cantiknya.." Angin sepoi-sepoi menyapa.
No comments:
Post a Comment