Saturday, May 23, 2009

Lintang : Bu, aku datang mahu belajar !


Mohd Amir Mazlan bin Yusof

Lahir tanggal 7 April 2004

Dia tidak mengenali ayahnya sendiri.

Selama ini dia tinggal dirumah nenek, bersama adik yang berusia 4 tahun dan pak ciknya.

Ibunya bernama Masni binti Haris, bekerja di KL dan jarang menjenguknya.

Alamat rumah neneknya : 367, Mukim F, Paya Kongsi, Balik Pulau, Pulalu Pinang.

Pendidikan : PASTI
Sekolah Kebangsaan Paya Kongsi
Madrasah Paya Kongsi

Neneknya bekerja sebagai pengawal di Hospital Besar sebagai pengawal dari jam 6 pagi hingga 6 petang. Sebelum berangkat ke tempat kerja, dia akan memasak nasi goreng untuk santapan cucunya pada waktu tengahari nanti.

Pak ciknya bekerja juga sebagai pengawal tapi disebelah malam.

Amir akan mengantikan sebentar pak ciknya mengurus adik kecilnya ketika pulang dari sekolah kebangsaan, sebelum berangkat pula ke madrasah pada jam 3 petang untuk mempelajari al-Quran hingga jam 6.

Dia kesekolah kebangsaan dengan basikal, dan ke madrasah berjalan kaki.

Neneknya yang keletihan bekerja seharian akan terus tidur apabila pulang, jadi Amir lah yang akan melayan adiknya sambil menyiapka kerja rumah.

Anggota Laskar bintang yang ini seorang genius. Bagiku dia benar-benar seperti Lintang, watak budak pandai dalam Laskar Pelangi. Buku sentiasa ditangannya. Amir mudah menangis walau disebabkan hal yang remeh. Dia suka membaca, malah menjadi rujukan kawan-kawan dewasa yang belum pandai. Minatnya untuk mengetahui sesautu sangat tinggi, sangat suka bertanya. Tidak banyak kerenah dan tidak nakal.

No comments: