Laskar Bintang .. Melihat wajah mereka satu persatu membuatkanku teringat sahabat-sahabat mereka, Laskar Pelangi..
Aku ingin anak-anakku mirip mereka.. Setegar mereka.. Segigih mereka.. Sekuat mereka.. Secerdas mereka.. Sedahaga mereka.. Serapat mereka..
Oleh kerana itu aku tidak mahu terlalu memanjakan nak-anakku ini. Disini mereka disediakan keperluan yang bukan setakat mencukupi malah melebih-lebih. Semoga mereka tidak terlalu leka dengan kemewahan yang dicurahkan.
Sesungguhnya segala nikmat ini adalah ujian kepada kami samada akan menjadi hamba yang bersyukur atau kufur. Bagaimana aku katakan kemewahan yang melimpah-limpah : segala kemahuan mereka (bukan keperluan) akan cuba dipenuhi Ummi Izzah ?
Sungguh anak-anakku tidak sebertuah Laskar Pelangi. Anak-anak Belitong itu dapat merasai ‘hidup’ sejak berusia kecil lagi.
Hatta diwaktu pembelajaran pun aku mahu mereka merasa sedikit susah, yang walaupun tak sebanding dengan Lintang yang terpaksa bertemu dengan seekor buaya saat mahu kesekolah.
Cuba dulu…
Ketika mereka bertanya kepadaku tentang apa saja, lebih-lebih lagi bacaan Iqro mahupun al-Quran, aku tidak pernah mahu lansung memberitahu. Aku lebih suka meminta mereka mencuba dulu. Walau percubaan itu terkadang memakan masa hingga 20 minit, alhamdulillah aku dapat sabar menunggu demi mengajar bahawa tiada yang sukar dalam dunia ini, semuanya harus dicuba dulu hinggalah kita berjaya.
Ternyata, laskar-laskarku pintar semuanya, cuma mereka tidak mempunyai keyakinan.
Tengok elok-elok…
Dan apabila terdapat diantara mereka membaca dengan salah, aku sentiasa meminta supaya perhatikan betul-betul. Kesalahan-kesalahan mereka sangat kecil dan remeh, tapi tetap mereka lakukan kerana tidak melihat dengan baik.
Jika aku terpaksa mencubit anak-anakku kerana kerap membaca dengan salah walau sudah banyak kali ditegur, mereka akan mengatakan, “abang cubit saya kerana saya sebenarnya pandai, tapi tak tengok betul-betul..”
Aku tidak pernah mahu ‘memanjakan’ mereka walau sayangku sudah tinggi melangit..

No comments:
Post a Comment