Tuesday, June 30, 2009

4 Episod pada 4 Rejab

Laskar Bintang berangkat ke Pulau Pinang jam 3 petang.

Ketika melalui kawasan Bertam…

Rafiq : Besarnya rumah tu !!

Faiz : Mesti orang kaya punya kan..

Najmi : Elehh, rumah di syurga lagi cantik..

Rafiq : Betul, betul.. Kat sana lagi kaya, kan ?

Faiz : Apa tu ?

Najmi : Padang golf..

Rafiq : Untuk orang-orang kaya.. Membazir ja, ramai lagi orang miskin tak dak rumah..

Kami singgah disebuah surau untuk solat asar…

Rafiq : Abang, tengok ni !! ( Dia menunjuk kearah sebuah poster ) Ada gambar planet-planet !

Faiz : Apa ni, bang ?


Konvesyen Astronomi.. 5 hingga 7 Julai .. di USM.. Nak pi ka ?

Semua anggota laskar : NAAAK !!!

Syy, jangan bising sangat, ni surau.

Telefon bimbit bergetar.

“Mutiara Idaman 1, tingkat 20, rumah no 3 (hadapan pasar basah Medan Tengku). Bawak sekali adik kakak Hajar yee..”

Sms dari Saudara Anuar.

Tiba di ‘halaman’ rumahnya, para laskar teruja dengan kedudukan mereka yang sudah hampir mencapai langit.

Alif : Abang, tinggal sikit lagi kita dah boleh ambik bintang.. (Dia tersenyum)

Beberapa orang anggota laskar tidak berani menghampiri kawasan tepi, gayat.

Didalam rumahnya…

Subhanallah, comel sungguh Khaulah ! Sedang enak dibuai mimpi. Semoga dia menjadi permata hati walidnya, bundanya dan semua saudaranya (umat Islam).


“Boleh pegang pipi dia tak ?” Najmi geram.

“Dah baca doa melihat bayi ?” tanya Bunda Neza. Dia menulis diatas sehelai kertas.

“U-i’ii- zuki bikalimaatillaahit taammah, min kulli syaitoonin wa haam-mah, wa min kulli a’inin laammah.”

Aku lindungkan engkau dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, dari setiap syaitan dan haiwan, dan dari setiap mata yang khianat.

“Ini doa Rasulullah saw,” ujar Ustaz Ahmad, “ketika baginda melihat Hasan dan Husin ketika mereka berdua masih bayi. Cuma masa tu U-i’iizuki jadi U-i’zukumaa..”



Para laskar berebut kertas itu lalu membacanya.

Anak-anak, lepas ni kita panggil Abang Nuar, Walid Nuar !

“Apa maksud walid, bang ?” tanya Ismail.

Bapa.


Ketika hendak pulang…

“Bang, kita balik naik feri boleh dak ?” pinta Fitri. “Nanti kita boleh pi London..” Dia ketawa.

“Kita pi Manchester lah..” Rafiq tergelak kemudian.

“Tak, kita pi Palestin,” ujar Faiz.

“Tak, kita pi Gaza,” cadang Ismail pula.

Sewaktu hampir sampai ke jambatan ketiga terpanjang didunia, Ustaz Ahmad berkata sambil melihat kearah laut, “Rasulullah saw pernah menaiki kapal dalam suatu peperangan. Salah seorang sahabat bertanya : adakah air laut suci dan menyucikan ?”

1 comment:

cikawin said...

insyaAllah, ada lain kali utk anak2 dapat pi konvensyen astronomi ni. saya ada simpan sikit bahan2 dari sana, tapi afwan tak banyak... ada star chart utk anak2..harap2 dapat dimanfaatkan nanti..
kalau ada lagi lain kali, harap jangan lepaskan peluang utk datang ya. best. lagi best kalau datang malam sebab ada cerapan bintang.. anak2 laskar bintang pasti suka!