“Salam. Ana dalam perjalanan ke Darul Ummah..”
Khabar dari seorang sahabat melalui sistem pesanan ringkas.
Alhamdulillah, dia selamat sampai sejam kemudian.
Namanya Harris, seorang aktivis masyarakat.
Mendekati remaja-remaja yang dahulunya kurang ‘bernasib baik’, dan sekarang menjadi remaja-remaja bermasalah.
Akh Harris juga mendekati penagih-penagih dadah.
Pendekatannya disekolah-sekolah dan ditempat-tempat awam.
Tercengang-cengang Laskar Bintang mendengar pengalamannya yang pelbagai.
Pengalaman
Dia pernah turun ke tempat pembuangan sampah untuk menemui penagih-penagih dadah.
“Siang mereka kutip sampah-sampah yang boleh dijual seperti besi dan sebagainya. Sehari boleh dapat RM 80. Semata-mata untuk membeli dadah.”
Ditawarkan seks oleh pelajar perempuan Melayu ketika sesi kaunseling.
“Amboi, murahnya..” sinis Akh Harris.
Menyiasat gejala video lucah di telefon-telefon bimbit para remaja, yang sangat berleluasa.
“Boleh dibeli di kedai-kedai telefon bimbit.. Satu video RM 5..”
Akh Harris juga mendedahkan jenis-jenis dadah atau benda-benda yang mengkhayalkan yang terdapat di Malaysia.
Dari jenis yang mahal harganya seperti ganja, hinggalah jenis yang boleh didapati secara percuma iaitu menghidu najis manusia.
“Pelajar-pelajar kita banyak yang menghidu gam.. Yang menghidu petrol pun banyak.. Sekarang yang sedang hangat, ubat batuk jenis pil.. Sepapan RM 5..”
Dan beberapa lagi benda yang mengkhayalkan yang sangat murah, tak perlu lagi heroin, ice dan sebagainya.
Kretif. Sangat kreatif. Dan yang lebih ‘membanggakan’ lagi, semuanya buatan orang Melayu.
Bangsa kita bijak bila tak berakal.
“Dan tak ada kes ketagihan yang tidak bermula dengan merokok,” dia ‘berfatwa’.
Lalu dikhabarkan pula mengapa rokok itu haram. “Terdapat beribu-ribu bahan kimia didalam rokok, termasuk bahan-bahan pencuci yang ada dalam rumah ni..”
“Haa ??!” Ustaz Omar terkejut.
Akh Harris juga sempat menceritakan pengalaman terbarunya ; menziarahi kediaman yang menempatkan anak-anak kecil yang terbuang, sebahagian mereka yang tidak berdosa ini disahkan positif HIV, natijah dosa ibu bapa.

"Comel budak ni," puji Najmi.
Di akhir majlis pada petang itu, Ustaz Ahmad membuat rumusan, “Sesungguhnya penyakit AIDS bukanlah suatu masalah, ia adalah suatu bala.. Buktinya masih tiada ubat untuk penyakit ni.. Bukan bala kepada individu yang menghidapinya, tapi kepada masyarakat yang tidak sepenuhnya mengamalkan Islam..”
Beliau membacakan beberapa ayat al-Quran dan Hadis mengenainya.
Tiada soalan dari Laskar Bintang untuk Akh Harris, ketika sesi soal jawab. Mereka terpinga-pinga, seakan-akan tidak percaya, seperti menganggap ini hanyalah cerita dongeng.
Sebahagian terbuntang mata hampir tidak berkelip. Sebahagian berkerut dahi seribu tidak faham. Terlalu asing.
“Bertuah kita duduk sini,” kata Ismail, 15 tahun.
Moga para laskar akan dikurniakan taufik dan hidayah untuk merubah dunia sekarang.
*pepatah arab : al-Insaanu ibnul bii-ah (manusia itu adalah ‘anak’ kepada suasana)
No comments:
Post a Comment