Friday, June 26, 2009

Allah bagi rambutan


Petang kelmarin, seorang penduduk kampung sebelah menziarahi Laskar Bintang.

Dia membawa banyak rambutan sebagai buah tangan. Dan untuk kesekian kalinya, para laskar menerima ‘hadiah’ berupa buah rambutan, selain buah manggis dan durian beberapa hari lalu.

Ahmad datang menghulurkan tangan untuk membawa seikat rambutan.

“Eh abang, Allah bagi kita rambutan lagi.. Hee,” dia tersenyum.

Anak kecil ini memang suka buah ini.

“Kenapa Allah bagi kita rambutan lagi, abang ?”

Allah hendak tengok kita bersyukur atau tidak.

“Allah bagi berapa biji, abang ?” Dia mula cuba mengira. “Satu, dua....”

Isy, cek tak larat nak kira aiih..

* “Mahu tak kita cuba buat jus rambutan atau manggis ?” saran Ustaz Omar, tersenyum.
“Kalau jus durian, ustaz ?”

No comments: