Friday, June 19, 2009

Allah sayang


Seperti biasa, selesai wirid setelah solat asar, anak-anak akan mengesot mendekati Ustaz Ahmad. Ada tazkirah petang.

Isi tazkirah kali itu agak berat. Ustaz cuba mendefinasikan hadis kepada mereka. Beliau juga memperkenalkan beberapa tokoh Islam yang penting.

Imam Bukhari.

Imam Muslim.

Imam Malik.

Imam Syafie.

Imam Hanbali dan lain-lain.

Sempat juga diterangkan tatacara solat diikuti hadis-hadis yang disebut satu persatu sebagai dalil.

“Jagalah solat baik-baik. Semua orang Islam kena solat sebagaimana Rasulullah saw, tak kira lelaki atau perempuan..”

“Perkara pertama yang akan disoal di Hari Akhirat nanti ialah solat.. Jika solat tak elok, sia-sialah amalan-amalan soleh yang lain..”

Tazkirah selesai. Para anggota laskar beredar untuk melaksanakan tugas kebersihan masing-masing. Ahmad pula merangkak menghadap sang ustaz.

“Ustaz, kalau kita sayang Allah, Allah akan sayang kita kan ?”

Dahi Ustaz Ahmad berkerut. “Maaf, tak jelas..”

Anak kecil itu mengesot lebih dekat. “Kalau kita tak sayang Allah, Allah tak sayang kita kan ?”

“Tak jelas..” ustaz itu menggeleng sambil tersenyum, mengusap-ngusap kepala anak kecil itu. Mungkin kerana masalah pendengarannya.

“Tak apalah..” Dia beredar, melompat-lompat riang.

******************************


Selang beberapa minit, seseorang datang bertamu, menghadiahkan beberapa biji tembikai dan buah apple.

“Hah, kita buat jus ! Jom !” ajak Ustaz Omar.

Juadah berbuka hari itu antara juadah yang paling menyegarkan.

Ketika sedang makan, kedengaran Alif berbisik, “Malam ni mesti banyak bintang kan..”

Ustaz Omar terdengar. Dia merasa simpati, lalu mengajak kehalaman rumah.

Namun dilangit hanya terdapat sebutir bintang saja. Entah kemana yang lainnya. Kemungkinan besar kerana terdapat awan besar diatas sana.

Tapi anak-anak tetap ingin tidur diluar rumah. Alhamdulillah, Ustaz Omar mengizinkan.

Jadi semalam Laskar Bintang berkongsi bintang.

No comments: