Friday, June 19, 2009


Tadi anak-anak bergotong royong.


Ahmad dan Hudaibi menyusun barang-barang mereka dalam almari.


Mereka terjumpa beberapa keping gambar mereka ketika kecil.


Subhanallah, sangat comel.


Alif merasa tidak mahu 'kalah'.


Dia turut mengeluarkan sekeping gambar. Tapi itu gambar neneknya. Dan tiba-tiba pula dia kepenjuru ruangan, lalu menangis.


"Laa, kenapa ni ?"


"Nak jumpa nenek.." Dia teresak-esak.


Rindu rupanya.


"Sudah la tu.." pujuk Najmi. "Lelaki mana boleh menangis.. Ahmad pun tak nangis.."

No comments: