Wednesday, June 17, 2009

Sebab tu


Selesai wirid solat Maqrib, Zakwan mendekat.

“Abang, saya teringat saya pernah tinggal solat Jumaat..”
“Sebab apa ?”
“Tak ada kenderaan, masjid jauh..”
“Ayah ?”

“Ayah balik kerja jam 7 malam..”
… “Jadi ?”
“Tak ada apa-apa ke bang ?”
“Ada apa ?”
“Tak apa kah saya tinggal solat Jumaat tu ?”
“Oooh.. Solat lain enta tak tinggal ?”
Anak 10 tahun itu menggeleng.
“Kalau macam tu, enta kena gantilah solat Jumaat tu.. Enta solat zohor empat rakaat dan niat ganti solat Jumaat tu..”
“Sekarang ke, bang ?”
“Habis bila lagi ?? Kita tak tahu nak mati bila..”

Selesai solat, Zakwan dipanggil.


“Ayah enta kerja apa ?”
“Ayah sebenar dah meninggal.. Ayah tiri kerja kilang..”
“Dia keluar kerja jam berapa ? Balik jam berapa ?”
“Keluar kerja jam 7 pagi, selalu balik jam 7 malam..”
“Mak ?”
“Mak kerja tukang masak disebuah tadika.. Keluar kerja dengan ayah, balik kerja jam 3..”
“Adik-beradik lain ?”
“2 orang abang saya belajar di Kemunting, dengan al-Khoodim.. Saya anak ketiga.. Adik perempuan tiri ikut mak pergi kerja..”
“Jadi selalunya tak adalah orang dirumah, kan ?”
Zakwan mengangguk. “Sebab tu saya dgn adik-adik mesti duduk sini.. Nak belajar..”

No comments: