Tuesday, June 30, 2009

Syafaakillah

“Saya batuk-batuk lagi.. Semalam pergi hospital, x ray.. Ada la tu bacteria dalam paru-paru saya mogok.. Biasa ja.. Ni pun kena pergi hospital, hari ni, esok, lusa. Moga Allah beri saya kesabaran..”

Lebih kurang begitulah khabar dari seorang bunda guru para laskar.

Mata mereka terkebil-kebil, tak kurang ada yang ternganga, mungkin kerana tidak percaya ketika mendengar berita ini.

Baru-baru ini saja sang bunda menziarahi mereka. Wajahnya ketika itu memang pucat. Terbatuk-batuk.

Ismail : Abang, minta kak tu minum madu..

Najmi : Makan sayur, bang..

Fadhil & Fadhli : Air suam ( tidak serentak )

Zakwan : Air soya..

Amir : Air zam zam.

Mereka kemudian diminta berdoa untuknya ketika membaca al-Quran nanti.

Syafakillah, ukhti Win. Moga ‘lulus’ dalam ujian Allah ini.

1 comment:

cikawin said...

jazakumullah khair..
salam buat anak2 DU. Alhamdulillah, bunda gurunya makin sehat.
terima kasih atas nasihat2 tu. insyaAllah diusahakan.
berkat doa anak2 DU...