Awan.
Lelaki tua itu sedang melihat awan.
Gumpalan wap itu bergerak dengan sangat perlahan. Sangat perlahan. Oleh itu kebanyakkan orang menyangka ia lansung tidak bergerak.
Awan sedang duduk dipintu rumahnya. Cantik. Kelihatan tenang. Diperbuat dari susunan batang-batang buluh.
Dia melihat kearah daun rokok yang masih hijau. Kepala menggeleng. Melawan nafsu untuk berasap.
Memudaratkan diri hukumnya haram, desisnya. Salah seorang mereka pernah berpesan begitu.
Lelaki tu itu tersenyum kemudian. Apa khabar mereka sekarang ?
“Ayah.. ayah..” jerit seorang budak perempuan dari jauh, berlari datang mendekat. “Nampak Aisyah tak ?”
Awan mendukung dan mencium pipinya. “Tak, kenapa sayang ?” Diletaknya diatas riba.
“Kami janji nak mandi sungai sama-sama..” Anak kecil itu sempat bermain janggut Awan.
“Nanti dia datanglah tu..”
“Eh, ayah kena cakap ‘insya Allah’ lah..” tegur si manja.
“Opps, maaf.. Insya Allah..” Sang ayah tersenyum.
Angin sepoi-sepoi datang menyapa. Awan memejamkan matanya, menikmati.
“Na nak dengar cerita tak ?”
“Cerita apa, yah ?”
“Cerita dia macam ni.. Dulu ayah ada banyak abang dan kakak..”
“Pak cik Jeng ke ?”
“Bukan lah..” Awan ketawa. “Ni abang yang lain…”
“Habis pak cik yang mana ?”
“Isy, janganlah menyampuk sayang..”
Na menutup mulutnya. Kemudian tersengih, manis. Alis matanya benar-benar seperti alis mata ayahandanya.
“Abang-abang dan kakak-kakak tu baik pada ayah.. Sangat baik.. Baik pada pak cik Along, pada Tok Wan, Tok Alang, Pak cik Jaafar dan pak cik-pak cik dan mak cik-mak cik Na yang lain..”
Na menunggu cerita dilanjutkan.
“Kadang-kadang ayah pun tak faham.. Depa sanggup bahayakan nyawa.. Dulu jalan kesini tak macam sekarang.. Teruk.. Teruk sangat.. Pernah beberapa kali kereta depa terbalik..”
Mata si anak kecil terbuka luas, terkejut.
“Pernah beberapa orang mati kerana jatuh gaung atau tertimpa kenderaan yang terbalik.. Tapi mujur abang-abang dan kakak-kakak ayah selamat semuanya..”
“Alhamdulillah.” Na bertahmid, sebelum mengukirkan senyuman yang manis sekali.
“Pandai anak ayah..” Awan mencium kepalanya, turut mengukir senyuman, puas. “Depa datang tu buat cak raya, bagi biskut, kismis, potong kuku ayah, syampukan rambut, ajar nyanyi-nyanyi, baca buku.. Setiap bulan mereka datang..”
“Na dah pandai baca buku !” Anak kecil itu menunjuk dirinya.
Awan tersenyum lagi. “Tapi yang paling ayah tak dapat lupa ; depa mengajar asyhadu…”
“Asyhadu an laa ilaaha illallah,” Na mencelah. “wa anna muhammadar rasulullah..”
“Eh, Na dah pandai ??”
“Tok Hadu yang ajar.. Tadi dia datang..”
“Muna !!” jerit seorang budak perempuan. Melambai-lambai tangan. “Jom mandi !”
“Na pergi dulu ya ayah..” Anak kecil itu melompat ketanah.
“Baik, hati-hati Na !” Matanya kemudian menemani langkah anak kesayangannya itu. Dia menarik nafas dalam-dalam. Fikirannya ‘terbang’.
Apa khabar kakak aku tu sekarang ?
Pandangannya kemudian beralih kearah kubah sebuah masjid.
Dia lalu memasuki kedalam rumah, “Oooh, kak muna..” bernyanyi kecil sambil tangannya mencapai sehelai baju melayu dan kopiah.
Pakaian solatnya itu tersangkut disebelah sehelai sijil yang melekat didinding. Antara perkataan yang paling ketara dikertas itu ialah ‘Tahniah’, ‘Awan bin Zainal’ dan ‘Penghulu Kg. Kuala Mu’.
* Bacalah dialog-dialog diatas dalam Bahasa Orang Asli.

Awan dan Shahrul
1 comment:
tsk.tsk..
tengok, ana dh nangis..
:')
insya Allah adikku Awan, Jaafar, Rubiah, Salwa, Siti, Lili, Jeng2, Shahrul, Jamisa, Mary, Surnia, adik2 Kg Bersah - Rahayu, Rogayah, Atikah, Fatimah, Erin, Sugi, Umar, Alif, dan semua lah yang tak terlarat disebut akan menjadi Mujahidin Mujahidah Kebanggan Kuala Mu - berjuang menegakkan Islam di Kuala Mu tercinta.. Allahuakbar.. Tiada apa yang mustahil..
sweet sungguh short story ni :)))
Post a Comment