Laskar Bintang dijemput ke sebuah kenduri kahwin.
Sebagai persediaan, Ustaz Ahmad mengajar kepada laskar-laskar doa ketika berjumpa pengantin nanti.
Doa sebagai mana yang pernah dibaca Rasulullah saw kepada Abdurrahman bin Auf ra, Jabir ra dan sahabat-sahabat lelaki yang lain ketika mereka baru bernikah, berdasarkan hadis yang terdapat didalam kitab al-Azkar.
Baarokallahu laka wa baaroka a’laika wa jama’a bainakuma fi khoir
Islam menggantikan ucapan ‘selamat pengantin baru’ atau ‘semoga mendapat anak yang banyak’ dengan ucapan yang lebih baik dan mulia.
Para laskar menyalin doa dari papan putih, kemudian mula menghafal dengan bersungguh-sungguh. Darul Ummah seperti bergegar dek gema suara mereka membaca doa buat pengantin.
Hafalan mereka selepas itu diperiksa.
“Isy, ana rasa macam muda balik bila orang baca kat ana,” ujar Ustaz Omar.
Dia bergurau, lalu ketawa bersama Ustaz Ahmad.
Laskar Bintang terpinga-pinga tidak faham.
* “Ustaz, bila nak ajar kami doa musafir ?” tanya Faiz. “Nantikan kita nak jalan jauh..”

No comments:
Post a Comment