Perhatian kaum salaf terhadap anak-anak mereka sangat besar.
Mereka sangat berkeinginan untuk mempereratkan hubungan mereka dengan para pendidik anak-anak.
Mereka merasa sedih jika para pendidik itu tidak hadir pertemuan kerana beberapa hal.
Mereka sangat khawatir jika para pendidik itu tidak dapat mendidik anak-anak mereka sebagaimana yang dikehendaki.
Ar-Raghib al-Ishfahani menceritakan bahawa al-Mansur telah menghantar utusan kepada Bani Umayyah yang menjadi tawanannya.
“Selama kamu menjadi tawanan ini, apakah yang membuatkan kamu susah hati ? Adakah kamu risaukan harta, ternakan dan tanaman kamu di kampung halaman ?” tanya utusan itu.
Mereka menjawab, “Kami telah meninggalkan pendidikan anak-anak kami.”
No comments:
Post a Comment