Thursday, August 6, 2009

Generasi Idaman 1

Suatu ketika, amiirul mukminiin Umar al-Khattab ra mengeluarkan sebuah undang-undang yang melarang tipuan penjualan susu yang dicampur air.

Sebenarnya undang-undang itu dianggap lemah kerana tiada orang yang dapat pastikan samada suatu susu itu benar-benar tulen atau tidak. Hanya mereka yang beriman kepada Allah dan selalu ingat kepadanyalah yang akan mampu patuh terhadap undang-undang itu.

Tersebut kisah seorang ibu dan anak perempuannya. Sang khalifah terdengar perbualan mereka.

Si ibu ketika itu mahu mencampurkan susu dengan air kerana ketamaknnya kepada keuntungan yang besar.

“Ibu,” si anak tidak setuju, “sekiranya amiirul mukminiin tidak melihat kita, tetapi Tuhan amiirul mukminiin itu melihat kita..”

Anak perempuan itu beberapa hari kemudian diambil sang khalifah sebagai menantu.


Dan Abdullah bin Dinar menceritakan pula :

“Suatu ketika aku keluar bersama Umar bin al-Khattab ra menuju Makkah.

Tiba-tiba seorang budak pengembala turun dari gunung menghampiri kami.

Umar mahu mengujinya lalu berkata, “Hai pengembala, juallah seekor kambing diantara kambing-kambing itu kepada kami..”

“Saya hanyalah seorang pengembala..”

“Katakanlah kepada tuanmu bahawa kambing itu dimakan serigala..”

“Habis dimana Allah ?”

Maka Umar ra pun menangis. Dia menemui tuan budak hamba itu, membelinya dan membebaskannya.

“Kalimah tadi telah memerdekakanmu didunia dan aku mengharapkan semoga kalimat itu pun memerdekakanmu di akhirat..”

1 comment:

Abdul Harris Bin Haji Abdul Wahab said...

dan dizaman ini, pelbagai penipuan berlegar disekeliling kita. adakah mereka merasakan yang Allah swt tidak melihat mereka?