Thursday, August 6, 2009


Ujian terus bertimpa-timpa.

Ujian yang sama : kudis.

6 orang anggota laskar pula yang terkena.

Jemur tilam sudah. Jemur tuala sudah. Asing baju yang hendak dibasuh pun sudah. Bagi cahaya matahari masuk sebanyak-banyaknya.

Tiap-tiap hari, tapi ujian Allah ini sepertinya semakin menjadi-jadi.

Kata doktor, “kalau boleh, janganlah garu-garu, nanti berjangkit..”

Ah, apa yang Laskar Bintang hirau. Kalau gatal, mereka garu.

Tegur. Cubit. Rotan. Puas mereka yang menggaru kena, tapi dibelakang orang hanya Allah swt yang tahu.

Buktinya penyakit ini tidak juga sembuh.

Risau wajah sang guru akan kelihatan tua kerana sering berkerut memikirkan penyelesaian J

Faiz juga ikut berkerut. Semalam dia menegur seorang anggota laskar yang sedang ‘menikmati’ kesedapan menggaru :

“Kalau kau nak garu, garulah kuat-kuat.. Garu sampai kudis tu jadi teruk.. Nanti bila nenek kau tengok, mesti dia kata ustaz-ustaz kat sini tak pandai jaga kau.. Lepas tu dia akan sekolahkan kau ditempat lain.. Kau tak dapat lagi sekolah sini, belajar sunnah, banyak belajar quran, belajar dengan kakak-kakak, abang Harris..” Dia memujuk.

‘Nikmat’ itu terhenti. Si penggaru tersenyum-senyum malu, menyesal. Moga terus menyesal.

“Tapi kalau aku gatal, macam mana ?”

2 comments:

Abdul Harris Bin Haji Abdul Wahab said...

aik? nama ana pun termasuk juga? hurm..jumaat ni abg nk masuk acara menggaru bersama laskar bintang le. hahahaha. fazi..fazi...

A+z+i+E = AziE said...

hurm... makan depa pantang tak??????