Beberapa hari yang lalu Ustaz Omar jatuh sakit. Jadi beliau tidak dapat mengajar al-Quran seperti biasa.
Dan seperti biasa, ana mengajar seorang demi seorang anggota Laskar Bintang didepan dapur. Situ satu-satunya tempat selesa yang jauh dari kebisingan bacaan anak-anak yang seperti bunyi ribuan lebah itu.
Seketika kemudian, kedengaran suara Fitri memberi-beri arahan kepada rakan-rakan.
Khairul Anwar datang kerana itu gilirannya.
“Ada apa tu ?”
“Fitri pecah-pecah kumpulan..” jawabnya.
“Untuk apa ?”
“Supaya yang besar dapat mengajar yang kecil..”
Eh, bila aku suruh ?? bisik hati ini. Namun hati ini berbunga, gembira, bangga, syukur dsb :)
“Dia pandai-pandai je, bang..”
“Biarlah…”
“Haa, siapa nak hafal surah al-Mulk pun boleh,” suara Fitri kedengaran lagi. “Hafal kat aku dulu, lepas tu baru hafal kat abang..”
“Naaakk !!” sahut anak-anak kecil.
No comments:
Post a Comment