Saturday, May 30, 2009

Surah al-Mulk dan Para Laskar

Diriwayatkan sebuah hadis dari Aisyah ra bahawa Rasulullah saw membaca sural as-Sajdah dan surah al-Mulk sebelum tidur setiap malam. (Mohon dibetulkan kalau salah)

Oleh kerana, itu kami dilatih Ustaz Omar untuk istiqomah dengan kedua-dua surah itu. Saban malam anak-anak membacanya sehingga ada yang sudah menghafal.

Semalam kami membacanya dibawah bulan. Dengan cahaya yang suram-suram, tidak masalah bagi anak-anak membaca dari kertas yang sedia ada. Sengaja tidak membaca didalam rumah kerana anak-anak teringin untuk membaca sambil menikmati bintang-bintang.

(Dia) yang menjadikan tujuh langit dengan seimbang. Tiada engkau lihat ciptaan Tuhan yang Pemurah itu berlebih berkurang. Sebab itu, ulangilah melihat sekali lagi, adakah engkau melihat kerosakan.

“Abang, apa maksud tujuh langit ?” tanya Fitri.
“Insya Allah, abang akan ceritakan besok.. Panjang ceritanya” (Banyak yang perlu disebut.. Nama-nama langit yang susah disebut itu.. Lagipun, lebih enak kalau diceritakan dengan menggunakan papan tulis)

Dan sesungguhnya Kami hiasi langit yang dekat dengan lampu-lampu (bintang-bintang) dan Kami jadikannya rejaman kepada syaitan-syaitan dan Kami sediakan untuk mereka siksaan api yang menyala-nyala.

Kami mendongak keatas. Bintang-bintang masih indah seperti selalunya. Syukran, Ya Allah.

“Abang, apa maksud ‘rejaman kepada syaitan-syaitan’ ?” tanya Fitir lagi.
“Syaitan terdiri dari jin dan manusia. Syaitan dikalangan jin sentiasa mahu mencuri tahu rahsia alam dilangit guna untuk melakukan kejahatan, tapi Allah menghalang mereka dengan rejaman meteor-meteor..”

Faiz meminta pula diceritakan tentang bulan. Ketika itu makhluk Allah yang indah itu sedang hilang ‘ditelan’ awan.

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat ? Dan Allah menciptakan padanya bulan yang bercahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita (Surah Nuh : 15-16)

“Manusia dahulu percaya bahawa bulan mempunyai cahaya sendiri, tetapi al-Quran mendedahkan bahawa bulan menerima cahaya – muneer, bukan siraaj, wahhaaj atau diyaa yang menjadi gelaran matahari – dan sains telah membuktikan, maka terbuktilah kerasulan Nabi Muhammad saw. Bagaimana baginda boleh bacakan ayat ini sedangkan ketika itu lansung belum ada ilmu astronomi ?”

“Bulan juga berfungsi sebagai penyebab pasang surutnya air laut.. Dan syukur, Allah yang Maha Pengasih dan Bijaksana telah menjadikan graviti bumi ini enam kali lebih kuat dari graviti bulan. Jika tidak dimana saja kelihatan bulan, sudah tentu air laut akan melimpah dan membanjiri tempat itu kerana ditarik graviti bulan..”

Itulah yang diceritakan kepada Laskar Bintang -berdasarkan tulisan Harun Yahya- sebelum mereka masuk tidur…

No comments: