Tuesday, June 23, 2009

Apa yang tak dak kat sini ?




Sarapan hari ini ialah roti, telur hancur, pisang dan teh.

Pisang dibawa Walid Nuar dan Akh Wan kelmarin, yang singgah sebentar setelah menghadiri majlis pengebumian ayahanda Akh Nizam Masyar. Takziah, akh.

Selesai sarapan, komputer dipasang, sementara menunggu ilham dari Yang Maha Esa -apa yang patut diisi dalam blog ini.

“Abang,” Redzwan menyapa. “Boleh dak saya nak tanya sikit ?”

“Sila..”

“Kami-kami ni muda, abang dah tua.. Nanti bila kami dah tua, dah tumbuh misai, abang jadi apa ?”

“Emm, bangka..”

“Ooo, bangka.. Bila kami nak jadi tua ?”

“Kenapa nak jadi tua ?”

“Nak kerja..”

“Kenapa nak kerja ?”

“Nak bagi dapat duitlah..”

“Kenapa nak bagi dapat duit ?”

“Nak beli barang-barang lah.. Sat, kat sini apa yang tak dak ? Emm, lauk dah ada.. Peti ais dah ada.. Sat na, saya nak pikiq..”

Tersenyum. Adakah ini tanda dia sayangkan ‘sekolah’ ni ??.....

“Saya dah tahu bang.. Saya nak beli cat.. Nak cat rumah ni..”

“Cat rumah ni lawa lagi..”

“Tak pa la.. Saja nak cat baru..”

“Warna apa ?”

“Hijau kuning..”

“Kenapa hijau kuning ?”

“Ya lah, warna negeqi Kedah..”

“Anak-anak,” Ustaz Omar menyeru. “Pergi sembahyang Dhuha..”

“Dah, jom sembahyang..”

“Ok..”

Selesai solat, Redzwan datang lagi.

“Lagi satu, bang.. Saya nak beli baju kat abang..”

Tersenyum. “Awat ? Baju abang ni nampak buruk ka..”

“Dak aih.. Saja nak beli..”

“Jazakallahu khoiron..”

Dia tersenyum sebelum duduk membaca Iqro 4.

*Mohd Redzwan bin Kasim, umur 12 tahun, dari Kuala Nerang, baik hati, lurus bendul. Ayah Mak kerja penoreh getah, mahu dia mendalami ilmu agama, tapi tak mampu menghantarnya kesekolah agama.

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Ana pernah merasai perbualan seperti ini. Masa tu adik angkat ana tingkatan 4. Dia pernah cakap yang dia nak bantu ana jika ana kesusahan.

Alhamdunillah. Dia dah berjaya. Sekarang ni dia Lt. Madya di TLDM. Dan dia telah kotakan janjinya untuk bantu ana.

Alhamdunillah.