“Bismillah..” Anak berumur 6 tahun itu tersenyum, menggaru kepala kerana kurang percaya diri. “Nabi Ibrahim tinggal di Palestin (sambil menunjuk dengan sebatang pen marker).. Lepas tu dia kahwin dengan kakak Hajar..”
Haa, kakak Hajar ?! Dahi berkerut, terkejut.
****
Pelajaran sirah petang kelmarin adalah kisah Nabi Ibrahim as meninggalkan Hajar dan Nabi Ismail as dipadang pasir.
Peta Tanah Arab dilukis sebaik mungkin.
Lalu bermulalah pengembaraan Nabi Ibrahim dari Palestin membawa dua buah hatinya merentas padang pasir, dan berhenti disuatu tempat yang bakal bernama Mekah.
Sebagai episod pertama, cerita berhenti setakat babak hentakan kaki Nabi Ismail as keatas tanah yang lalu memancarkan sumber air yang kini dipanggil air zam-zam.
Anak-anak kemudian diminta seorang demi seorang untuk tampil kehadapan mengulang cerita yang baru saja disampaikan, dengan menggunakan peta yang telah dilukis dibuku masing-masing.
Hinggalah sampai giliran Hudaibi.
****
“Kenapa bang ?”
Hajar sajalah. Tak payah kakak.
“Ooo..” Hudaibi tersenyum. “Hajar kahwin dengan Nabi Ibrahim. Lepas tu kakak Hajar melahirkan anak..”
Tak payah kakak lah. Hajar saja.
Dia menggaru kepala, tersipu malu. “Hajar lahirkan anak. Nama dia Ismail. Lepas tu Ibrahim bawak kak Hajar dengan Ismail jalan-jalan..”
“Tak payah kakak lah !!” anak-anak lain menegur serentak. “Isy, Hudaibi ni..”
Kenapa dengan Hudaibi ni ? Ada kakak nama Hajar ke ?
Anak berusia 6 tahun itu menggeleng.
“Nama kakak saya Hajar,” sampuk Najmi, tersengih panjang. “Hiii..”
Baik Hudaibi, kenapa Ibrahim bawa isteri dan anaknya jalan-jalan ?
“Sebab Allah suruh dia tinggalkan kak Hajar dan Ismail di padang pasir..”
Adoii.. ok lah, kak Hajar pun kak Hajar lah…
“Lepas tu.. aaa.. Lepas tu…”
* “Abang, kenapa Allah suruh Hajar dengan Ismail duduk ditempat yang tak ade pokok dan air ?” Ahmad, 6 tahun, datang bertanya setelah kelas tamat. “Boleh hidup ke diaorang ?” Anak yang satu ini prihatin.

1 comment:
hehe~
hudhaibi rindu kat akak2 ek?? (perasan jek)
hehe.
tggu la hjg mingu ni dik.
insyaAllah smpi kami kat sana.
^_~
Post a Comment