Tuesday, August 10, 2010

The Beauty Of A Women


The beauty of a woman
Is not in the clothes she wears,
the figure that she carries,
or the way she combs her hair,
or the style she does make up,

The beauty of a woman:
must be seen in her Hijab,
and her eyes,
because that is the doorway 
to her heart,
the place where love resides,

The beauty of a woman:
is not in a facial mole,
but true beauty in a woman,
is reflected in her soul,

The beauty of woman is 
in her modesty,
And the real glamour of her is her honesty,
It is the caring that she lovingly gives,
the passion that she shows,
And the beauty of a woman,
with passing years only grows...

~~~Sha~~~

--
~~~Whatever mountains stands in your path,
Whatever obstacle blocks your way,
Whatever difficulty immobilized you,
The prayer full of faith can remove it~~~.

~~~Lidah orang yang berakal terletak
di belakang hatinya. Hati orang yang
bodoh terletak di belakang lidahnya~~~

Sunday, August 8, 2010

Mengawal Kolestrol Ketika Puasa




Puasa idealnya membuat pola makan teratur. Namun faktanya, jenis makanan yang dikonsumsi justru berlebihan kandungan gula dan lemak.



Duk! Duk! Duk! Begitu beduk terdengar, tak sabar rasanya ingin segera menyantap hidangan yang tersaji di atas meja. Hati-hati,Banyak lemak jahat dan gula-gula tak sehat bersembunyi di dalam hidangan berbuka puasa yang legit nikmat itu. Artinya, bahaya kolesterol yang tidak main-main.



“Kelebihan kolesterol dan menumpuk pada dinding pembuluh darah, akan mengakibatkan penebalan pada dinding pembuluh darah/ arterosklerosis, juga stroke . Selain itu, kelebihan trigliserida juga mengakibatkan penyakit jantung koroner,” ungkap Hersanti Sulistyaningrum, S.Gz , Kepala Instalasi Gizi Brawijaya Women and Children Hospital.

Tuesday, August 3, 2010

The Jewish school where half the pupils are Muslim

King David, in Birmingham, is a state primary where the children learn Hebrew, recite Jewish prayers, eat kosher food and wave Israeli flags. So how come the majority of pupils are followers of Islam? Jonathan Margolis investigates.




 
It's infant prize day at King David School, a state primary in Moseley, Birmingham. The children sit cross-legged on the floor, their parents fiddling with their video cameras. The head, Steve Langford, is wearing a Sesame Street tie.

Saturday, July 10, 2010

Ana Insaf

Assalamualaikum

Ana kembali

Ana mahu kembali

InsyaAllah ana akan istiqomah kembali

Maafkan ana.

Ana insaf

Doakan rahmat Allah untuk ana.

Semoga ana mampu mengisi blog ni semula.

Berita-berita Laskar Bintang akan kembali.

Tuesday, December 22, 2009

Sekitar Walimah Salman Siddiqiy & Ummi Aziyah

Bismillah.

Lama tak ber-update blog laskar2 yang satu ni. Para laskar bertukar ganti.

14 Disember 2009 - Walimah sebelah pengantin lelaki.


                                                                                     Kak Azi bersama adik bongsunya



 


"Semoga Allah memberi berkah kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua (pengantin laki-laki dan perempuan) dalam kebaikan.”

(HR. Penyusun-penyusun kitab Sunan, kecuali An-Nasai dan lihat Shahih At-Tirmidzi 1/316)


Tuesday, August 25, 2009

Jadual Harian Muslim Sepanjang Ramadhan

4.00 pagi Bangun Berdoa kepada ALLAH dengan doa:

Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadaNYAlah aku akan dikembalikan.Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu. Mandi dan membersihkan diri.Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.

4.20 pagi Solat sunat TaubatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat taubat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Rakaat pertamaselepas Al-Fatihahbacasurah Al-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa.

Solat sunat TahajjudNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana ALLAH Taala.RakaatpertamaselepasAl-FatihahbacasurahAl-Kafirun, rakaat kedua selepasAl-FatihahbacasurahAl-Ikhlas.Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH.

Solat sunat HajatNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat hajat 2 rakaat kerana ALLAH Taala.SelepasAl-FatihahrakaatpertamabacaayatulKursi1kali. Selepas Al-Fatihahrakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita.

Solat sunat WitirNiatnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana ALLAH Taala. Selepassalam,bangunlagidan sembahyang witir 1 rakaat.Perbanyakkan berdoakepadaALLAHdengan penuhrasakehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi Makan sahur
Mengosok gigi dan membersihkan sisa-sisa makanan di mulut.
5.30 pagi BersiapmenungguwaktuSubuhdenganmembaca Al-Quran atau berselawat.
Sembahyang sunat Subuh, sembahyang Subuh berjemaah. Selesaikan wirid harian di tikar sembahyang atau baca Al-Quran hingga terbit matahari.Elakkan tidur selepas Subuh, kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan.
7.00 pagi Membuat persiapan ke tempat kerja.Melangkah ke tempat kerja dengan membaca Bismillah dan dengan berniat dengan niat yang baik-baik. mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua aktivti kita diberkatiNYA. SentiasaberselawatkepadaRasulullahSAWsama ada menyebutnya atau di hati.Banyakkan istighfar/meminta ampun.Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh bertanggung jawab. DatangkanrasabahawaALLAH sentiasamemerhati kerja-kerja yang dilakukan dan yakinlah DIA akan membalas segala kebaikan yang kita buat.
10.00 pagi Sembahyang sunat Dhuha,
Ia adalah sumber rezki yang berkat kalau istiqamah diamalkan. Niatnya : Sahaja aku sembahyang sunat dhuha 2 rakaat kerana ALLAH Taala.Penuhi masa rehat tengahari dengan menambah ilmu atau membaca Al-Quran.Elakkan sungguh-sungguh dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia.
Contoh dosa-dosa :
Mengumpat mengutuk, menyindir yang menyakitkan orang, bergaul bebas tanpa menjaga syariat seperti berbual dengan yang bukan muhrim mengenaiperkara yang tiada sangkut paut dengan kerja
12.45 tgh. Bersiap untuk solat Zohor.
Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat.
Solat Zohor berjemaah.Laksanakan juga solat sunat Rawatib Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA.
4.15 ptg. Bersedia untuk solat Asar.
Solat Asar berjemaah. Laksanakan juga solat sunat Qabliyah.
Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai berterima kasih kepada ALLAH yang memberi kita nikmat besar dapat menyembahNYA
5.30 ptg. Membeli barang-barang keperluan berbuka dan sahurtanpa berlebih-lebih. Ingatlah walaupun Syaitan dirantai tetapi nafsu masih ada dalam diri kita!!!
6.30 ptg. Memperbanyakkan doa sebelum berbukakerana di waktu itu adalah masa yang mustajab doa.Ingatlah sabda Rasulullah SAW : “Ramai orang yang berpuasa, yang mereka dapathanyalapar dan dahaga”,merintihlah kepada ALLAH memohon agar amalan kita diterima.
Apabila masuk waktu Maghrib,bacalah doa berbuka :
Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman dan dengan rezki engkaulah aku berbuka. Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan jangan makan terlalu banyak.Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat maghrib berjemaah, setelah itu barulah makan makanan yang berat.
8.00 mlm. Solat Isya’ berjemaah dan diteruskan dengan solat Taraweh.Cuba pertahankan solat taraweh walau bagaimana keadaan sekalipun kerana fadhilatnya amat besar.Bacalah Al-Quran dengan penuh tawadhuk, seeloknya baca dengan bertadarus (berkumpulan bergilir-gilir, seorang baca, yang lain menyemaknya), cuba khatamkan membaca Al-Quran paling kurang satu kali sepanjang ramadhan. Kebanyakan imam-imam besar mengkhatamnya dua kali dalam sehari (60 kali sebulan Ramadhan).

11.00 mlm. Memperbanyakkan istighfar sebelum tidur.Berniatlah untuk puasa esok hari dengan berniat : Sahaja aku berpuasa hari esok,untukmenunaikanPuasaRamadhanyang wajib ke atasku, tahun ini kerana ALLAH Taala. (JANGAN LUPA!!!)
Tidur awal agar dapat bangun awal untuk beribadah.
Bacalah doa tidur :
Ertinya :D engan namaMU Ya ALLAH! Aku hidup dan mati.Ingatlah tidur adalah mati yang sementara, kemungkinan kita dipanggil ALLAH ketika tidur.

Saturday, August 22, 2009

Terkini : Laskar Bintang dan Ramadhan

20 Ogos 2009.
9.23 am
Bilik Guru SKSD

Beep..Beep..

Salman Siddiqiy : Salam. Laskar Bintang selamat tiba di Taman Maluri. Kami dijemput tinggal di sini sepanjang Ramadhon. Harap kita mendapat fadhilat Al Quran yang banyak dari Allah dalam Ramadhon kali ini.


9.48 pm

Salman Siddiqiy : ) alhamdulillah, laskar2 diberi peluang belajar Sains melalui channel2 khas di Astro ) mcm mana mengajar di sekolah?

............


Sebulan para laskar menyambut Ramadhan Kareem di Taman Maluri, KL. Sebak juga mengenangkan tak dapat berpuasa bersama mereka. Tapi tak kisah, walau di mana kalian berada, doa kami pada kalian tak pernah putus. Moga hati kita sentiasa berjumpa..

Selamat Berpuasa kepada sahabat-sahabat Laskar Bintang sekalian.

Wednesday, August 12, 2009

Tutorial #1 : Bagaimana Membuat Scrolled Text

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Jika dilihat di atas chat box blog ini, kalian boleh lihat terdapat satu kolum yang punya scrolled text (text bergerak) dan ramai yang tanya bagaimana untuk membuatnya.. Mudah saja.





Ikut step tutorial ini..


1) copy kod di bawah




2) pergi ke dashboard blog anda > layout > add gadget > html

3) dan paste kod tersebut

4) tulis apa yang anda ingin tulis di "Mesej Korang di Sini"

5) dan SAVE!

kan sonang..

selamat mencuba...
















Tuesday, August 11, 2009

Suka perpustakaan

18 Sha'aban 1430 pasti merupakan tarikh yang tak dapat dilupakan Laskar Bintang.

Pada hari itu, mereka pergi ke Perpustakaan Seberang Jaya.

Subhanallah, ia sebuah gedung buku yang sangat besar !



mendengar taklimat dari pihak perpustakaan


Alif mendapat hadiah kerana menjawab soalan kuiz dengan betul



Abang kesayangan para laskar sedang memberi tunjuk ajar



buku adalah teman terbaik


para laskar mendengar taklimat dari saudara yang buta.

Beliau bertugas sebagai penulis buku dalam tulisan 'Braile'

* pagi tadi Laskar Bintang sibuk mengisi borang untuk menjadi ahli perpustakaan. Borang lebih ada tiga lagi, siapa nak ? :-)

* sekarang para laskar sedang 'demam musabaqoh al-Quran'. Beberapa malam ni mereka menyemak bacaan para qori dari radio IKIM.

Thursday, August 6, 2009

Generasi Idaman 2

Syeikh Abdyul Qadir al-Jailani berkata :

Semenjak dibesarkan, aku telah mebangun urusanku diatas kebenaran.

Hal itu adalah ketika aku keluar Mekah ke Baghdad untuk mencari ilmu. Ibuku memberikan bekal sebanyak emapt puluh dinar yang kupergunakan untuk mencukupi nafkah.

Dan ibuku juga telah berpesan supaya sentiasa berbuat benar (termasuk tidak berbohong ).

Ketika aku dan rombongan tiba di negeri Hamdan, keluarlah sekumpulan perompak menghadang kami. Mereka merampas harta dari kafilah.

Lalu salah seorang diantara mereka lalu dihadapanku dan bertanya, “Apa yang engkau bawa ?”

“Empat puluh dinar..”

Orang itu mengira aku mempermainkannya lalu dia membiarkanku.

Kemudian perompak yang lain mendekatiku lalu bertanya apa yang aku bawa. Aku memberitahunya apa yang aku bawa. Apabila dia memeriksa dan mendapati kebenaran jawapanku, dia membawaku kepada pemimpin mereka.

“Apa yang engkau bawa ?” tanya ketua perompak itu.

“Empat puluh dinar..”

Sang ketua kehairanan. “Apa yang mendorongmu untuk bersikap jujur ?”

“Ibuku berpesan supaya berkelakuan jujur, maka aku takut untuk mengkhianati janjinya itu..”

Pemimpin ketua itu merasa takut lalu berteriak dan merobek bajunya. “Engkau takut mengkhianati janji ibumu ! Sedangkan aku tidak takut mengkhianati janji Allah !”

Kemudian pemimpin perompak itu memerintahkan untuk mengembalikan apa yang mereka ambil dari kafilah.

“Aku bertaubat kepada Allah diatas tanganmu !” Katanya kepadaku.

“Engkau pemimpin kami dalam menyamun,” kata anak-anak buahnya terhenti sebentar, “dan sekarang engkau memimpin kami dalam bertaubat..”

Demikian berkah kejujuran seorang budak.

Ujian terus bertimpa-timpa.

Ujian yang sama : kudis.

6 orang anggota laskar pula yang terkena.

Jemur tilam sudah. Jemur tuala sudah. Asing baju yang hendak dibasuh pun sudah. Bagi cahaya matahari masuk sebanyak-banyaknya.

Tiap-tiap hari, tapi ujian Allah ini sepertinya semakin menjadi-jadi.

Kata doktor, “kalau boleh, janganlah garu-garu, nanti berjangkit..”

Ah, apa yang Laskar Bintang hirau. Kalau gatal, mereka garu.

Tegur. Cubit. Rotan. Puas mereka yang menggaru kena, tapi dibelakang orang hanya Allah swt yang tahu.

Buktinya penyakit ini tidak juga sembuh.

Risau wajah sang guru akan kelihatan tua kerana sering berkerut memikirkan penyelesaian J

Faiz juga ikut berkerut. Semalam dia menegur seorang anggota laskar yang sedang ‘menikmati’ kesedapan menggaru :

“Kalau kau nak garu, garulah kuat-kuat.. Garu sampai kudis tu jadi teruk.. Nanti bila nenek kau tengok, mesti dia kata ustaz-ustaz kat sini tak pandai jaga kau.. Lepas tu dia akan sekolahkan kau ditempat lain.. Kau tak dapat lagi sekolah sini, belajar sunnah, banyak belajar quran, belajar dengan kakak-kakak, abang Harris..” Dia memujuk.

‘Nikmat’ itu terhenti. Si penggaru tersenyum-senyum malu, menyesal. Moga terus menyesal.

“Tapi kalau aku gatal, macam mana ?”

Generasi Idaman 1

Suatu ketika, amiirul mukminiin Umar al-Khattab ra mengeluarkan sebuah undang-undang yang melarang tipuan penjualan susu yang dicampur air.

Sebenarnya undang-undang itu dianggap lemah kerana tiada orang yang dapat pastikan samada suatu susu itu benar-benar tulen atau tidak. Hanya mereka yang beriman kepada Allah dan selalu ingat kepadanyalah yang akan mampu patuh terhadap undang-undang itu.

Tersebut kisah seorang ibu dan anak perempuannya. Sang khalifah terdengar perbualan mereka.

Si ibu ketika itu mahu mencampurkan susu dengan air kerana ketamaknnya kepada keuntungan yang besar.

“Ibu,” si anak tidak setuju, “sekiranya amiirul mukminiin tidak melihat kita, tetapi Tuhan amiirul mukminiin itu melihat kita..”

Anak perempuan itu beberapa hari kemudian diambil sang khalifah sebagai menantu.


Dan Abdullah bin Dinar menceritakan pula :

“Suatu ketika aku keluar bersama Umar bin al-Khattab ra menuju Makkah.

Tiba-tiba seorang budak pengembala turun dari gunung menghampiri kami.

Umar mahu mengujinya lalu berkata, “Hai pengembala, juallah seekor kambing diantara kambing-kambing itu kepada kami..”

“Saya hanyalah seorang pengembala..”

“Katakanlah kepada tuanmu bahawa kambing itu dimakan serigala..”

“Habis dimana Allah ?”

Maka Umar ra pun menangis. Dia menemui tuan budak hamba itu, membelinya dan membebaskannya.

“Kalimah tadi telah memerdekakanmu didunia dan aku mengharapkan semoga kalimat itu pun memerdekakanmu di akhirat..”

Tuesday, August 4, 2009

Dari Abdil Ilah bin Amir ra :

Pada suatu hari, ibuku memanggilku. Rasulullah saw ketika itu sedang duduk dirumah kami.

Ibuku berkata, “kemarilah, aku akan memberimu sesuatu..”

Kemudian Rasulullah saw berkata kepadanya, “apa yang akan engkau berikan kepadanya ?”

Ibuku berkata, “Aku akan memberinya sebiji kurma.”

Rasulullah saw berkata kepadanya, “Kalau engkau tidak memberikan sesuatu kepadanya, maka engkau akan dicatat sebagai orang yang berdusta.”

(HR Abu Daud dan al-Baihaqi)
Apa undang-undang yang tangkap orang tanpa bicara ?

Zakwan : Kejap bang…. I C A !

Faiz : Aaa, I M A !

Zikri : I S A..


Zakwan : Masa abang jalan ramai-ramai tu, abang naik kereta ka jalan kaki ?

Alif : Kenapa polis-polis tu kejar abang ? Kenapa kedai-kedai semua tutup ?

Ismail : Waktu kedai-kedai semua tutup, abang makan kat mana ?
Zikri : Saya tahu kat mana Masjid Negara dan Masjid India..

Rafiq : Macam mana boleh satu kereta pun tak dak atas jalan waktu tu ?

Fitri : Kenapa abang tak ajak kami ?

Syafiq : Petang Jumaat tu abang kata nak pergi ‘perang’.. Saya ingat betul-betul perang..

Faiz : Masa tu ada tak orang ambik gambar ? Tv ke, surat khabar ke ? Saya teringin nak tengok, kot-kot ada gambar abang..

Najmi : Lain kali saya nak ikut..

Redhwan : Lepas ni ajak saya na..


Ahmad : Abang kena ke senjata polis pedih mata tu ? Abang nyorok tak ? Abang kena pukul dengan kayu tu tak ?

*Dan aneh, banyak-banyak tokoh Pakatan Rakyat, Laskar Bintang hanya mengenali Anwar Ibrahim.. Kok bisa ?

Antara pengalaman :

#Lebih ‘meriah’ dari demo Bersih.
#Demo dijadualkan bermula jam 2 petang, tapi pada jam 10 pagi pihak polis sudah menangkap mereka yang memakai baju anti ISA, 3 lori penuh !
#Jam 1 tengahari dihadapan Masjid India – Polis menyelongkar beg seorang lelaki lalu menemui baju anti ISA, jadi lelaki itu ditangkap.
#Puas jogging J
#Garam yang terpaksa dikunyah terasa tidak begitu masin apabila mata terlalu pedih dan nafas menjadi sesak ketika terkepung dalam gas pemedih mata.
#Melihat 3 orang pahlawan yang mengutip ‘peluru-peluru’ gas pemedih mata lalu mencampak jauhkan dari orang ramai, sedangkan mereka sendiri tidak menutup muka dengan apa pun. Subhanallah !!
#Air mata yang dirindukan keluar mencurah-curah pada hari itu (kerana mata pedih). Ya Allah, semoga air-air ini juga dapat memadamkan api neraka-Mu yang ingin mendekatiku nanti.
#Sempat hairan bagaimana boleh para polis, FRU khususnya begitu ‘sami’na wa ato’na’ pada perintah atasan mereka sehingga lansung tiada kasihan belas pada orang ramai – walau kepada muslimat yang berpurdah ?
Adakah ‘sami’na wa ato’na’ kepada Allah punya aku sekuat punya mereka ?

Thursday, July 30, 2009

Nama

Jumaat lepas Ustaz Ahmad mengajak para laskar mengenali Hari Kiamat.

"Oleh kerana hari kiamat berlaku pada hari jumaat, jadi mulai hari ni setiap pagi jumaat kita akan belajar mengenai hari kiamat tu.." ujar sang ustaz.

"Hari kiamat ada 22 nama yang lain.. seperti yang tersebut didalam al-Quran dan al-Hadis.."

22 ? Banyaknya..

"Dikalangan orang arab, apa-apa yang mempunyai banyak nama, itu membuktikan bahawa ia sesuatu yang 'besar'.."

Sebab itu mereka adalah bangsa yang terkenal dengan laqab (gelaran : spt Khalid ibnul Walid si Pedang Allah) dan kunyah (spt : Muhammad Abul Qasim - kerana anak lelaki baginda bernama al-Qosim).."

Allah swt sendiri mempunyai 99 nama !

Muhammad saw pun mempunyai gelaran seperti Rasulullah saw, Nabiyullah saw, yang Terpilih (al-Mustafa) dan sebagainya.

Jadi Laskar Bintang pun mula menyenarai nama-nama lain bagi Darul Ummah.

29 semuanya !
Anas ra memberitahu bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

Seorang anak itu di aqiqahkan pada hari ketujuh dari kelahirannya, diberi nama dan dihilangkan penyakitnya (dicukur rambutnya).

Jika sudah menginjak usia enam tahun, maka dia diajar tentang adab.

Jika sudah menginjak usia sembilan tahun maka dia dipisahkan tempat tidurnya.

Jika sudah menginjak usia tiga belas tahun, maka hendaklah dia dipukul kerana (tidak mahu mengerjakan) solat dan puasa.

Dan jika telah menginjak usia enam belas tahun, maka ayahnya mengahwinkannya.

Lalu dia mendekatkannya dengan tangannya dan berkata kepadanya :

“Aku telah mendidikmu, mengajarmu dan mengahwinkanmu. Aku berlindung kepada Allah dari fitnahmu didunia dan dari azab yang disebabkanmu di akhirat.”

(HR Ibnu Hibban)